Pernah tersilap kekasih

 

Jakarta: Pernah tertukar dan tersilap sebut nama pasangan ketika bercinta.

Itu pengalaman lucu dialami dua saudara kembar di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan mereka serentak di Kampung Sindanggalih, Sumedang.

Ellwanda Julianop Hidayat, 20, bernikah dengan Rani Nurhaeni, 19, manakala adik kembarnya, Ellwindi Junianfi Hidayat bernikah dengan kembar isterinya, Rina Nurhayati.

Ellwindi berkata, dia terpikat dengan Rini selepas abang kembarnya bercinta dengan Rani.

“Selepas tamat sekolah baru kami tahu teman wanitanya mempunyai kembar.

“Selepas itu, saya terus mendekati Rini dan menjalin hubungan serius dengannya.

“Lucunya, kami sering tertukar pasangan adakalanya tersilap menyebut nama ketika masih bercinta,” katanya dalam Tribune News.

Sementara itu, bapa mereka, Nopi Hidayat, 50, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka dua beradik itu turut mendapat jodoh kembar.

“Pada mulanya saya menyangka mereka bercinta dengan wanita sama, namun selepas diajak bertemu barulah saya tahu mereka juga saudara kembar seperti anak lelaki saya.

“Melihat keempat-empatnya suka sama suka, kedua-dua pihak pun bersetuju dan merestui pernikahan mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

 

Be the first to comment on "Pernah tersilap kekasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*