Usia Kandvngan Cecah 7 Bulan, Peminat Teka Jantina Bayi Ain Edruce

Bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan bakal bergelar seorang ibu, sedar tak sedar kandungan pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah cecah 7 bulan.

Cepat betul masa berlalu.

Pada 1 Mac 2021, Ain telah memuat naik perkongsian mengenai perkara itu di Instagram miliknya.

Terlihat ceria dalam persalinan serba putih, Ain dan suaminya iaitu Amirul Hafiz melakukan sesi fotografi untuk merakam saat indah bersama bayi di dalam kandungan.

Melalui caption:-

“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah. Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang emo2 mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.. ❤️”

Bersyukur dengan usia kandungan yang sudah berusia 7 bulan, Ain merasakan ia adalah detik indah yang tidak dirancang.

Selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan, Ain turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang.

Dalam pada itu, perkongsian Ain ini mendapat perhatian para pengikutnya.

Ada pula yang cuba meneka jantina bayi dalam kandungan.

Tidak kiralah bayi perempuan atau lelaki, yang penting ia dapat membesar dengan sihat.

Semoga keadaan kesihatan Ain pun baik-baik saja sehingga waktu melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Ain Edruce

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

 

Be the first to comment on "Usia Kandvngan Cecah 7 Bulan, Peminat Teka Jantina Bayi Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*