‘Jawablah di akhirat…’

 

Kuala Lumpur: Ketika sebahagian besar bekas pemain Terengganu City FC (TCFC) mahu mengheret pengurusan lama ke mahkamah, lain pula ceritanya buat Mohd Khairul Ramadhan Mohd Zauwawi yang memilih untuk tidak menuntut tunggakan gaji tertunggak sejak 2018.

Ramadhan yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala FAM 2018 mengakui kehidupannya kini lebih bahagia dan tenang sebagai pemandu lori selepas mengambil keputusan untuk menggantung but pada musim lalu.

Katanya, walaupun dia mengambil langkah berbeza daripada rakan sepasukan, itu tidak bermakna dia menghalalkan gaji lamanya bersama TCFC.

“Saya dah tak nak ambik tahu pasal hutang lama itu kerana saya dah malas nak tunggu. Dulu saya memang mengharapkan duit itu tetapi selepas berkali-kali janji tak ditepati oleh mereka (pengurusan TCFC), saya biarkan sajalah.

“Tapi bukan maksudnya saya halalkan, tunggakan gaji ini dah macam hutangkan. Jadi biarlah mereka jawab esok-esok (di akhirat).

“Sekarang saya lebih tenang sebab gaji tiap-tiap hari dapat. Dulu hujung bulan rasa risau kalau-kalau gaji tak masuk, tapi sekarang tak lagi,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini Sabtu lalu, langkah berani bekas pemain Marcerra United dan Kuantan FA mengheret isu tunggakan gaji ke mahkamah sivil turut menarik perhatian bekas pemain TCFC dan Hanelang FC yang mengesahkan sudah memulakan langkah sama.

Bekas pemain TCFC, Izzaq Faris Ramlan berkata, dia bersama pemain lain sudah mengadakan pertemuan dengan peguam minggu lalu dan isu tunggakan gaji yang sangkut sejak 2018 akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan sama turut diikuti pemain Hanelang FC di mana bekas pertahanannya, Tuah Iskandar memilih untuk menuntut tunggakan gaji itu di mahkamah selepas pihak pengurusan pasukan hilang begitu saja.

Untuk rekod, difahamkan bekas pemain dan pegawai TCFC menuntut tunggakan gaji berjumlah RM977,100 daripada bekas majikan.

Namun hanya 10 bekas pemain TCFC dengan enam barisan kejurulatihan sudah menerima separuh bayaran daripada FAM yang menggunakan wang deposit kelab terbabit serta hadiah kemenangan Piala FAM pada 2018, manakala 20 lagi bekas pemain masih menanti.

Tunggakan Hanelang FC pula dianggarkan berjumlah RM1 juta membabitkan 20 pemain yang masih sangkut dan belum dijelaskan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HMetro

 

Be the first to comment on "‘Jawablah di akhirat…’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*