Raja Eswatini Beli 19 Bvah R0lls-R0yce Untuk 15 Isteri Kesay4ngan

Kebanyakan pemilik Rolls-Royce akan dianggap seorang individu yang kaya kerana memiliki kenderaan tersebut. Ini kerana, bukan sahaja harganya yang mahal, malah kos penyelenggaraan juga sangat tinggi.

Namun hal tersebut tidak menjadi masalah kepada lelaki yang akan kami ceritakan ini, dimana dia mampu membeli 19 buah Rolls-Royce sekaligus.

Lelaki tersebut ialah Raja Mswati III dari Eswatini, dan dia difahamkan membelanjakan sebanyak USD24.4 juta (RM98.9 juta) untuk membeli 120 buah BMW sedan dan 19 Rolls-Royce tersebut.

Raja Mswati III dikatakan memiliki 15 isteri dan setiap setiap unit Rolls-Royce yang dibeli itu akan diberikan kepada setiap seorang isterinya. Namun, alasan di sebalik pembelian 120 BMW sedan masih belum dipastikan.

Raja Mswati III difahamkan mempunyai banyak kereta mewah. Dia bukan sahaja memiliki garaj termahal di negaranya tetapi juga salah satu yang paling mahal di dunia.

Jumlah keseluruhan koleksi keretanya masih belum diketahui, namun dalam koleksi tersebut terdapat model seperti Maybach 62, BMW X6 dan 20 buah Mercedes-Maybach S600 Pullman.

Model Rolls Royce yang dibeli oleh Raja Mswati III bagaimanapun tidak didedahkan, namun, di antara 19 Rolls-Royce tersebut, difahamkan terdapat model Ghost, Phantom dan Cullinan.

Perdana Menteri Eswatini, Ambrose Mandvulo Dlamini menyatakan bahawa hal ini bukanlah satu kesalahan malah raja mereka mengikuti undang-undang yang ditetapkan.

Di Eswatini, kenderaan yang digunakan oleh raja mesti diganti setiap lima tahun. Namun, apa yang menyedihkan, 63 peratus penduduk negara itu hidup dalam keadaan miskin walaupun pemerintah mereka hidup serba mewah.

 

Sumber: siakap keli

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/03/09/raja-eswatini-beli-19-bvah-r0lls-r0yce-untuk-15-isteri-kesay4ngan/

 

Be the first to comment on "Raja Eswatini Beli 19 Bvah R0lls-R0yce Untuk 15 Isteri Kesay4ngan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*