Alicia Amin Bercadang Mahu Ikat Peranakan?

 

 

Tak sampai sebulan berkahwin, model sensasi, Alicia Amin telah membuat pendedahan berani di IG Storiesnya. Manakan tidak, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu dia akan mengikat peranakan atau tubal tied. Biar betul? Tapi bukanlah bermaksud dia tidak mahu anak, tetapi dia akan mengikat peranakan jika dapat melahirkan anak kembar.

Kenyataan itu dibuat selepas salah seorang peminatnya di instagram bertanya, apa yang akan berlaku jika dia hamil anak kembar, ini jawapannya;

“Jika saya hamil dengan anak kembar saya akan melahirkannya, tutup kedai dan ikat peranakan  (elak kehamilan)  dan dapatkan hak istimewa yang luar biasa untuk menerima dua anak dalam satu kehamilan. Dan tidak akan mempunyai anak lagi.”- tulisnya

 

Tak pasti samaada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas peserta Asia’s Next Top Mode itu sekadar jenaka ataupun serius.

Menurut laman Hellodoktor, ikat peranakan atau istilah perubatannya tubal ligation – juga dikenali sebagai tubal tied dan tubal sterilization – merupakan sejenis kawalan kelahiran kekal. Semasa prosedur ini dijalankan, tiub fallopio akan dipotong, diikat atau disekat untuk mencegah kehamilan secara kekal.

Alicia berkahwin pada 14 Februari 2021 dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor dikenali sebagai Farzan, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai

 

Be the first to comment on "Alicia Amin Bercadang Mahu Ikat Peranakan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*