Dua sahabat temui serpihan bangkai pesawat terhempas lebih 70 tahun lalu

DUA wanita tidak menyangka menemui serpihan pesawat ketika sedang bersiar-siar di sebuah kawasan pergunungan.

Pamela Aitken dan rakannya, Kathryn Gaffney sedang berjalan berhampiran Largs, Ayrshire, Scotland, ketika mereka terlihat serpihan daripada bangkai sebuah pesawat pada Ahad lalu.

Mereka pada awalnya menyangka ia adalah permukaan tanah Gunung Irish Law dan mula mengambil gambar, sebelum mengetahui objek sebenar apabila menghampirinya.

Ia dipercayai bangkai pesawat British European Airways S200P yang terhempas pada 21 April 1948, lapor DailyRecord.

Penerbangan jarak pendek dari Lapangan Terbang London-Northolt Airport ke Lapangan Terbang Glasgow-Renfrew itu membawa 20 penumpang sebelum terhempas di Gunung Irish Law.

Dilaporkan tiada yang terbunuh dalam insiden itu namun 13 daripada penumpangnya cedera. – Dailystar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: mstar

 

Be the first to comment on "Dua sahabat temui serpihan bangkai pesawat terhempas lebih 70 tahun lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*