Kisah Ayus, Nissa belum berakhir, Sabyan Gambus lancar lagu baru

Jakarta: Polemik kisah rumah tangga Ayus Sabyan dengan Ririe Fairus hingga kini masih menjadi perbincangan hangat pada kalangan warganet di Indonesia.

Seperti yang diketahui ramai, Ririe Fairus nekad meneruskan proses perceraiannya berikutan isu skandal Ayus dan juga vokalis kumpulannya, Nissa Sabyan.

Menurut liputan6.com, ketika isu ini masih menjadi bualan, kumpulan Sabyan Gambus yang dianggotai Ayus dan Nissa tetap melancarkan lagu terbaru.

Lagu yang dikeluarkan Sabyan Gambus kali ini berjudul Sapu Jagat dan tindakan itu turut melahirkan kekecewaan ramai, termasuk adik Ayus iaitu Fadhillah Nova Hasraira.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Fadhillah Nova menganggap apa yang dilakukan kumpulan Sabyan Gambus itu sebagai mengambil kesempatan di atas perkara peribadi membabitkan Ayus dan Nissa.

“Kecewa sangat. Dalam keadaan begini pun mengambil kesempatan. Di mana hati nurani kalian?

Dalam hantaran lain, Fadhillah Nova menulis berkenaan perkataan yang menjelaskan mengenai dendam dan karma.

“Tidak perlu menaruh dendam, cukuplah tenang dan tersenyum kemudian biarkan karma melakukan tugasnya diam-diam.

“Kerana yang melukai akan terluka nantinya. Biarkan hukum alam yang bekerja,” katanya.

Terdahulu, Ayus pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus membuat permohonan maaf susulan kontroversi dia curang terhadap isterinya apabila menjalin hubungan sulit dengan Nissa Sabyan.

Ayus menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di media sosial berkata, dia memohon maaf terhadap isterinya, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesalahan dilakukannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : HM

 

Be the first to comment on "Kisah Ayus, Nissa belum berakhir, Sabyan Gambus lancar lagu baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*