Kejutan Hari Lahir Ke-39 Tahun, Remy Ishak Kini Kembali Bersama Bekas Tunang?

“Kahwin! Kahwin! Kahwin…”

Siapa tidak ‘gila’ dengan pelakon yang dikategorikan dalam kriteria tall, dark and handsome ini.

Pelakon popular Remy Ishak atau dengan nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak telah menerima sorakan daripada rakan-rakan karibnya sebagai tanda sokong buat beliau untuk bersiap-sedia bagi mengakhiri zaman bujangnya itu dan berada di fasa perkahwinan ketika meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-39 tahun ini bersama bekas tunangnya, Ezza Yusof.

Caption: 

“Terima kasih atas ucap selamat yang baik-baik dari kalian. Syukur alhamdulillah di usia 38 tahun sebelum ini saya banyak dipertemukan dengan perkara yang baik, dikelilingi insan yang baik2 serta dikurniakan oleh-Nya kesihatan tubuh badan, fizikal & mental yang positif. Saya percaya dengan doa, kata-kata positif yang dilafazkan oleh anda semua, ahli keluarga, sahabat handai & masyarakat sekeliling sebelum ini telah banyak memberi impak yang positif dalam kehidupan harian serta peribadi saya. Di usia 39 tahun pada hari kelahiran saya hari ini, saya mendoakan kesejahteraan & kebaikan yang berterusan buat anda semua. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan serta dikurniakan limpahan & rahmat-Nya. Amin ya Rabb al amin 🤲🏼”

Sebagai respon balas di atas sambutan yang diterimanya, Remy Ishak telah memuat naik gambar serta ucapan menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata peminat Remy Ishak menyifatkan Remy terlihat semakin matang apatah lagi semenjak berada di usia yang mungkin sedikit ‘berumur’ namun sifat pandai menghargai ‘seseorang’ itu jelas dimilikinya meskipun terhadap peminat mahupun rakan selebriti yang lain.

Jika sebelum ini tular di media sosial berkaitan sambutan hari lahir yang disambut oleh Remy Ishak untuk bekas tunangnya itu, namun kali ini tiba giliran dirinya pula disambut dengan penuh ‘kemesraan’ oleh bekas tunangnya yang juga merupakan seorang usahawan.

“Susah tau nak buat suprise Remy ni…Pinjam majlis orang, pinjam Emcee majlis orang sekali 😂”

Keserasian yang dikongsi melalui gambar yang di muat naik oleh Ezza Yusof di Insta Story miliknya ketika sambutan yang kedua disambut bersama-sama di sebuah restoran selepas kejutan pertama berjaya diadakan di sebuah majlis perkahwinan salah seorang rakan mereka telah meraih perhatian umum menanyakan tentang status terkini perhubungan mereka.

Menurut sumber sebuah laman portal, Remy Ishak telah mengakui dirinya sudah bersedia untuk berada di fasa ‘mahu berkahwin’ memandangkan umur yang bakal menginjak ke alam 40-an itu merasakan dirinya agak sunyi apabila pulang ke rumah.

Jelasnya lagi, beliau tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan dan sebagainya bagi menghormat! pihak di sebelah sana agar tidak tersinggung.

Kalau ada jodoh saya dengan Ezza..adalah… tapi bukanlah dalam masa terdekat ini”

Apa-apa pun Happy Birthday Remy Ishak! Tak sabar nak tunggu hari-hari bahagia Remy Ishak pula.

Diharapkan pada hari lahir yang ke-39 tahun ini, segala doa yang dihajati oleh Remy termakbul dan semoga hubungan dan ikatan ‘sahabat’ yang terlihat masih utuh dan bahagia antara Remy dan Ezza Yusof itu masih boleh terjalin ke peringkat yang lebih serius.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Remy Ishak dan Ezza Yusof

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

 

Be the first to comment on "Kejutan Hari Lahir Ke-39 Tahun, Remy Ishak Kini Kembali Bersama Bekas Tunang?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*