“Dah Bagi Amaran, Tapi Buka Sampai 4 Pagi Juga…” -Posting Viral Peniaga Burger Bangsawan Diser4ng Pelbagai Komen

Tular beberapa hari lalu di media sosial apabila seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 selepas dikatakan membuka gerai burger melebihi waktu operasi. Perkongsian yang dibuat nyata mendapat simpati orang ramai serta membuatkan para netizen berang dengan jumlah kompaun tinggi yang dikenakan.

Terbaharu, kisah peniaga yang turut mendapat perhatian Neelofa ini tular sekali di mana beliau dimaklumkan sudah kerap menerima amaran dan kompaun daripada pihak penguasa sebelum ini.

Menerusi perkongsian netizen, peniaga burger ini dikatakan sudah kerap melanggar SOP yang ditetapkan sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.

Pembukaan kedai sehingga jam 2 pagi serta menjadi port lepak antara yang menjadi punca kedai ini dikompaun. Malah, dalam satu perkongsian lain di Facebook, pemilik kedai burger memaklumkan kedainya dibuka hingga jam empat pagi.

Sejak tular berita peniaga ini dikompaun, ramai yang bersimpati memikirkan nasib peniaga ini yang perlu bekerja keras dalam membayar kompaun yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kehidupannya mewah yang didedahkan netizen menyatakan sebaliknya apabila beliau tampil berkereta berjenama serta menjamah di restoran mahal.

Menerusi pendedahan yang dibuat, para netizen nampaknya berang dengan peniaga ini serta berpendapat jumlah kompaun yang dikenakan adalah wajar. Tidak kurang juga yang berpendapat jumlah RM50,000 masih tinggi untuk seorang peniaga yang sudah dikenakan kompaun dan diberikan amaran sebelum ini. Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Dalam perkembangan terkini, hasil tinjauan pihak kami, laman facebook beliau mula di banjiri komen m4kian dan sindirian dari netizan. Mereka merasakan seolah-olah telah tertipu dengan ‘lakonan’ penjual burger tersebut

Posting terkini Faisal, dia ada berkongsi pautuan artikal mengenai sebab kenapa dia menolak bantuan dari Neelofa

Ini sebab peniaga burger tak mahu terima bantuan Neelofa

Kisah penjual burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu atas sebab langgar SOP walaupun berniaga di depan rumah, akui bahawa Neelofa ada hubunginya melalui peguamnya.

Dikatakan peguam berkenaan telefon dan mengatakan bahawa pihak Neelofa mahu memberi bantuan melangsaikan kompaun berkenaan.

Ianya disahkan oleh isteri kepada penjual burger tersebut iaitu Norlaili.

Kata Norlaili lagi, selain pihak Neelofa, penceramah yang juga pelakon iaitu Pencetus Ummah Azman turut ada call dan mahu hulurkan bantuan.

“Pihak peguam Neelofa call petang semalam, dan beliau bertanya berkenaan jumlah kompaun serta cara untuk bantu selesaikannya.”

“PU Azman pula dia sendiri yang contact saya, dan beliau juga menyatakan hasratnya untuk menolong.”

Namun begitu, Norlaili memberitahu dia dan suami tak menerima sebarang sumbangan sebab masih lagi tunggu keputusan rayuan berkenaan denda berkenaan.

“Sebenarnya, memang ada ramai pihak yang mahu membantu, namun buat masa sekarang, kami tak mahu terima lagi.”

“Selagi belum dapat keputusan rayuan, sebenarnya kami pun tak pasti berapa jumlah yang kena bayar. Malah pihak KKM kata mungkin jumlah denda akan dikurangkan atau dikecualikan, jadi lebih baik tunggu terlebh dulu.”

Jelas Norlaili kemungkinan jika dia dan keluarga tak mampu nak bayar denda, barulah pihakny akan contact semula lawyer Neelofa untuk meminta bantuan.

“Jika tidak mampu, apa salahnya kami terima pertolongan tersebut. Namun jika kompoun menjadi RM1000 tu, insyaAllah kami boleh bayar dengan usaha sendiri.”

Bercerita tentang perkembangan terkini perniagaan burger, Norlali memberitahu suaminya kini dalam keadaan trauma dan langsung tak membuka kedai burger.

“Sejak kena kompaun Ahad lepas, kami dah tak berani nak berniaga lagi, masih terkejut dan tertekan. Buat masa ni, tiada kekuatan pada diri kami.”

Semoga Norlaili dan suami tabah dengan dugaan yang menimpa ini. Harapnya semua selesai dengan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendindsgt

Be the first to comment on "“Dah Bagi Amaran, Tapi Buka Sampai 4 Pagi Juga…” -Posting Viral Peniaga Burger Bangsawan Diser4ng Pelbagai Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*