Elfira Loy Gagahkan Diri Ambil Vaksin AstraZeneca Demi Anak Walaupun Takut Jarum

MENGAKUI dirinya takut dengan jarum suntikan, namun pelakon Elfira Loy terpaksa mengenepikan perasaan itu untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca.

Elfira, 27, yang menerima suntikan vaksin tersebut pada Selasa berkata, dia nekad mengambil suntikan itu demi anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Pemilik nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata, pekerjaannya sebagai selebriti terdedah dengan jangkitan c0vid-19 dan memberi risiko tinggi kepada cahaya matanya untuk dijangkiti.

“Jujur saya sebenarnya takut berjumpa doktor dan takut tengok jarum tetapi untuk pengambilan vaksin ini saya teruja kerana lambat laun kita kena juga mengambilnya.

“Perasaan gemuruh itu jadi hilang bila saya tengok ramai orang bersemangat beratur dan sama-sama isi borang sebelum diberikan suntikan vaksin.

Elfira, Amira Othman dan Wany Hasrita merupakan duta Himaya Premium Mask.

“Bukanlah cakap ini sebab saya bangga dah terima vaksin awal tetapi sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi pengalaman untuk menggalakkan lagi orang lain untuk turut berani mengambil suntikan vaksin,” katanya kepada mStar.

Elfira menerima vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pagi Selasa.

Dia ditemui pada majlis perasmian kempen Anti Buli Siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask yang berlangsung Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata dia tidak terkesan dengan cerita buruk tentang vaksin itu, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada manfaat yang boleh didapati sekiranya sudah dicucuk vaksin.

Jujur saya sebenarnya takut berjumpa doktor dan takut tengok jarum tetapi untuk pengambilan vaksin ini saya teruja kerana lambat laun kita kena juga mengambilnya.

ELFIRA LOY

PELAKON

“Bila kita terlalu takut, kita akan banyak cari kesan yang buruk tapi sebenarnya kesan yang baik tu lebih banyak daripada kesan yang buruk.

“Fakta pun dah kata hanya beberapa peratus sahaja yang kena (ada kesan buruk).

“Saya memang fokus kepada siapa yang cerita benda positif sahaja dan dah memang siapkan mental saya yang mungkin badan akan ada demam-demam (lepas terima suntikan),” ujarnya.

Suami Elfira, Faris Anuar juga akan terima suntikan vaksin dos pertama pada Ahad ini.

Elfira turut menambah, sekiranya tubuh badan seseorang bertindak balas seperti berasa demam dan lenguh-lenguh badan selepas menerima vaksin, ia adalah satu tindak balas yang baik.

“Ia adalah satu perkara yang bagus bila badan kita bertindak balas sebegitu bermakna sistem imunisasi kita beri respon terhadap vaksin.

“Saya akan terima suntikan dos kedua dalam tempoh masa 12 minggu dari sekarang.

“Sekurang-kurangnya bila saya dah terima suntikan ini saya dapat cerita untuk tambahkan keyakinan orang untuk terima vaksin.

“Saya harap bila fasa (pertama vaksin AstraZeneca) ini dah habis, ia akan buka hati orang lain untuk sama daftar ambil vaksin jika ia dibuka lagi di masa akan datang,” katanya.

Suntikan vaksin AstraZeneca merupakan program vaksinisasi secara sukarela yang dibuka kerajaan untuk orang awam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Elfira Loy Gagahkan Diri Ambil Vaksin AstraZeneca Demi Anak Walaupun Takut Jarum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*