Serpihan Roket China Seberat 21 Tan Dijangka Terhemp4s Ke Bumi Hujung Minggu Ini Selepas GagaI Dikawal

Satu serpihan angkasa lepas bersaiz besar dengan berat mencecah sehingga beberapa tan diramal terhemp4s ke Bumi pada hujung minggu ini.

Serpihan itu adalah sebahagian daripada roket Long March 5B milik China yang baru-baru ini melancarkan modul pertama stesen angkasa lepasnya yang sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi.

Bagaimanapun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.

Beberapa pakar negara Barat bimb4ng serpihan kapal angkasa itu boleh jatvh di kawasan penempatan penduduk.

Namun, menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (AS), serpihan roket itu difahamkan seberat 21 tan berukuran 30 meter secara kasar dijangka akan terhempas di Lautan Pasifik berdekatan garisan Khatulistiwa selepas melalui kawasan bandar di timur AS.

Garisan orbit itu meliputi sebilangan besar kawasan dari New Zealand hingga ke kepulauan Newfoundland.

Manakala Jabatan Pertahanan AS pula menjangka roket itu akan terhemp4s ke bumi Sabtu ini walaupun tidak dapat ditentukan dengan tepat lokasi dan masa ia akan jatvh.

Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

Serpihan Roket China Terhempas Di Bumi

Terdahulu, ins!den sebegini juga pernah berlaku kira-kira setahun selepas sebuah roket, juga milik China terhemp4s ke Bumi.

Roket itu jatuh ke dalam Lautan Atlantik namun, beberapa serpihannya dilaporkan menjunam ke negara Cote D’Ivoire di rantau Afrika Barat.

Sementara itu, White House menggesa ‘tingkah laku angkasa lepas yang bertanggungjawab’ terhadap roket China yang berada di luar kawalan serta dijangka terhempas ke bumi, hujung minggu ini.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, AS komited menangani risiko peningkatan kesesakan akibat serpihan dan aktiviti yang semakin meningkat di ruang angkasa lepas.

Jelasnya, pihaknya mahu bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi mempromosikan kepemimpinan dan tingkah laku angkasa lepas yang bertanggungjawab.

Anda boleh rujuk ‘live rocket tracking’ di sini untuk melihat pergerakan terkini serpihan roket tersebut.

Semoga negara kita dan seluruh dunia dijauhkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : odisi

 

Be the first to comment on "Serpihan Roket China Seberat 21 Tan Dijangka Terhemp4s Ke Bumi Hujung Minggu Ini Selepas GagaI Dikawal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*