“Azira Dah Ada Ni, Awat Hang Bisu?” – Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz di IG Live

Shukri yang suka melihat gelagat Sharnaaz yang seperti orang tak senang duduk itu semakin ‘mencucuk’ Sharnaaz untuk mengajak Azira untuk sertai IG live mereka. Lebih menghiburkan hati orang ramai, Sharnaaz tiba tiba menjadi seorang yang tersipu malu dan hanya mampu berdiam diri di saat Azira muncul dalam IG live tersebut. Amboi Sharnaaz, buah hati ada terus jadi ‘lembik’ ya? Mana pergi ‘mamu’ yang macho itu? Hihi…

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Shukri yang dikenali dengan perangai masuk air itu membuat orang ramai terhibur apabila dia sering memerli dan membahan Sharnaaz. Shukri berkata kisah percintaan Sharnaaz dan Azira ini seperti kisah zaman percintaan remaja dek kerana Sharnaaz menjadi kelu lidah untuk bersembang dengan Azira. Apabila melihat IG live mereka, amat terserlah perangai Sharnaaz yang malu apabila berhadapan Azira. Bau nasi minyak ni..

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang merestui dan mendoakan kebahagiaan hubungan Sharnaaz dan Azira. Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Sharnaaz dan pihak Azira mengenai desas-desus percintaan mereka.

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  koolfm

Be the first to comment on "“Azira Dah Ada Ni, Awat Hang Bisu?” – Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz di IG Live"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*