Legenda Diva AA atau juga dikenali dengan nama Azwan Ali tampil menyuarakan pendapatnya dengan lantang dan menyelar Neelofa yang sekali lagi dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) buat kali keempat. Nama selebriti Noor Neelofa kerap disebut-sebut oleh warganet tahun ini iaitu kes majlis perkahwinannya bersama Harris Ismail, lawatannya ke Pulau Langkawi, dakwaan merentas negeri membeli karpet dan terkini beliau didakwa telah berkumpul dengan keluarga besarnya pada Aidilfitri baru-baru ini.
Kecoh di Twitter, Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Neelofa yang sudah kali ketiga melanggar SOP tatkala negara masih bergelut dengan wabak c0vid-19.
2 X DAH ? KO GELUPUH LANGGAR SOP ! NI KECOH KALI KE 3 ! LAGI LAGI MUKA KO? MAK BAPAK KO TAK AJAR KO KER ? MUHASABBAH WEIII! KERANA KO ? RAKYAT TERSINGGUNG & MARAH ! KAYANGAN SGT KER KO ? APA SUMBANGAN BESAR KO KAT INDUSTRI HIBURAN MSIA ? TAG ANY POKIMAK DPT RM200! TC APPLIES pic.twitter.com/dr0WHvkcaG
— Diva AA (@DivaAATersohor) May 18, 2021
Sehubungan itu, Azwan Ali turut menggesa dan mencadangkan agar Neelofa dikenakan hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya. Tambahnya, Neelofa dilihat seperti tidak belajar daripada kesilapannya sebelum ini dan dilihat juga seperti sengaja melanggar SOP.
Saya nak jadi orang rakyat pertama gesa kerajaan untuk penjarakan selebriti perasan bagus ini. Siapa setuju? Kasi (bagi) viral (tweet) ini.
Dua kali dah kau gelupur langgar SOP. Ini kecoh kali ketiga. Lagi-lagi muka kau. Muhasabah weh, kerana kau rakyat tersinggung dan marah. Apa sumbangan besar kau pada industri hiburan Malaysia!
Terdahulu, sebuah video yang dimuat naik oleh kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari semalam. Video berdurasi 27 saat itu jelas menunjukkan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan sedang bersalaman meminta maaf antara satu sama lain. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Noor Nabila memadam video berkenaan dari Instagram.
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : koolfm
Be the first to comment on "“Penjara! Lagi-Lagi Muka Kau! Kayangan Sangat Ke Kau?” Azwan Ali SeIar Tindakan Neelofa Did4kwa Lnggar SOP"