Ziarah Raya, Polis Panggil Semua Ahli Keluarga Norman Hakim

Tular foto did4kwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), kesemua ahli keluarga pelakon Norman Hakim akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pel4nggaran SOP tersebut.

“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disy4ki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor.

“Terdapat lebih kurang 13 individu disy4ki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan,” katanya.

Seperti diketahui, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini mengumumkan ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Terdahulu, foto sambutan raya keluarga selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan tentang SOP.

Rata-rata netizen mempertikaikan bukankah tidak boleh aktiviti menziarah pada Aidilfitri, namun hairan bagaimana mereka boleh bergambar satu keluarga pada raya pertama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Ziarah Raya, Polis Panggil Semua Ahli Keluarga Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*