“Kenapa Perlu Penjar4kan Orang Yang Banyak Berjuang Untuk IsIam?” – Mawar Rashid Pertahankan Neelofa

Hari ini sahaja hangat diperkatakan di media sosial mengenai pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, PU Riz yang didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Malah, sejak semalam turut dilancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara. Setakat ini, petisyen tersebut mendapat sebanyak lebih 47,000 sokongan sejak ia dilancarkan.

Bagaimanapun, sudah pasti ada yang tidak menyokong petisyen tersebut antaranya pelakon Mawar Rashid yang membela agar Neelofa tidak dipenjarakan. Mawar turut mengatakan Neelofa banyak berjuang untuk Islam.

 

Menerusi komen ditinggalkan di sebuah portal hiburan, Mawar meluahkan rasa simpati serta berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik. Namun, komen tersebut dipercayai telah dipadam selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

 

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "“Kenapa Perlu Penjar4kan Orang Yang Banyak Berjuang Untuk IsIam?” – Mawar Rashid Pertahankan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*