Neelofa, PU Riz Tidak Did4kwa Rentas Negeri Keputusan Pejabat Peguam Negara

Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tudvhan rentas negeri terhadap selebriti, Noor Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan keterangan yang diperoleh berhubung kes berkenaan.

“lsu rentas negeri membabitkan Neelofa dan suaminya tidak dibawa ke mahkamah selepas mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. 

Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, pasangan terbabit ditvduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kes4lahan gag4l mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa, 32, dan Muhammad Haris atau PU Riz, 26, dituduh gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera di kedai karpet yang dikunjungi mereka di Nilai 3, pada 2 Mei lalu. 

Muhammad Haris juga menghadapi satu lagi tvduhan, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.Pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000. 

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.Peguam mereka, Haresh Mahadevan ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas prosiding itu semalam, menjelaskan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir atas tuduhan melanggar SOP PKPB dan tidak membabitkan isu rentas negeri atau sebagainya.

Sebelum ini, tular video Neelofa dan suaminya berada di premis terbabit selepas ia dikongsi selebriti itu di Instagram Story miliknya sebelum dipadamkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Neelofa, PU Riz Tidak Did4kwa Rentas Negeri Keputusan Pejabat Peguam Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*