“Pilih Lelaki Tampan Tak Menjamin Kebahagiaan Hidup”- Niena Baharun

Sudah lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Datin Niena Baharun. Baru-baru ini, Niena ada memuat naik status di Insta Story menasihati wanita supaya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup.

Niena berpendapat wanita memilih lelaki yang mempunyai rupa tidak menjamin kebahagiaan hidup dan memilih lelaki kaya tidak bermakna mereka tidak akan dicurangi.

“Tak salah memilih rupa tapi memilih lelaki yang tampan tidak menjamin kebahagiaan hidup dan memilih lelaki kaya bukan bermakna kamu tidak akan diduakan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Niena berkata pilihlah lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah dan menghormat! wanita serta tidak akan ‘naik tangan’ apabila marah, malah memberi nasihat dengan penuh lemah lembut.

“Maka, pilihlah lelaki yang baik agamanya. Lelaki yang menghormat! ibu bapa, dia juga akan menghormat! kamu sebagai seorang perempuan. Mungkin tegas pada suara, tetapi lembut pada hati,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Pilih Lelaki Tampan Tak Menjamin Kebahagiaan Hidup”- Niena Baharun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*