Kerajaan memutuskan untuk mengetatkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Perkara itu dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan C0vid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Jelasnya, perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.
“Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang,” katanya hari ini.
NAJIB RAZAK KOMEN TENTANG ARAHAN TERBARU PKP
Selepas selesai sidang media MKN dan KKM hari ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak tampil muat naik 1 kenyataan di laman rasmi Facebook beliau.
Menurut Najib Razak, apa yang berlaku sekarang telah pun berlaku sebelum ini terutama tentang waktu operasi restoren dimana minggu depan akan bermula operasi hanya boleh sehingga pukul 8 malam sahaja.
Sebelum ini juga pernah terjadi dan selepas rakyat ramai mengeluh, kerajaan menukarkan semula kepada waktu 10malam waktu operasi.
Ringkasan MCO+ 3.01
“Seperti yang pernah berlaku dahulu, saya jangka akan ada u-turn tak lama lagi di mana waktu operasi kedai makanan dan food delivery dilanjutkan dari 8 malam ke 10 malam sebab kerajaan masih benarkan semua sektor ekonomi beroperasi tapi tak beri peluang kepada pekerja untuk beli makanan selepas lepas kerja pada pukul 8 malam.
SOP terperinci: Minggu depan” – Najib Razak
Najib Razak turut menyuarakan pendapat dimana kerajaan patut ambil serius didalam PKP 3.0 supaya apa yang terjadi pada PKP 2.0 tidak akan berlaku lagi.
“Sekiranya tidak, rakyat akan menghadapi PKP 4.0 di kemudian hari.
Sebab kita tak berazam dan tak tegas untuk tutup semua seperti PKP 1.0 untuk masa 21 hari atau sebulan dengan bantuan sewajarnya untuk putuskan rantaian Covid, pengalaman PKP 2.0 akan berulang.
Kes baharu mungkin akan turun secara perlahan ke 2,000 dan kerajaan akan mula beri satu persatu kelonggaran walaupun kes masih tinggi sebab orang ramai dah tak dapat tahan lagi pada ketika bantuan tidak mencukupi.
Selepas kelonggaran diberi, kes akan naik semula ke 5,000 atau 6,000 dalam sebulan dua dan kerajaan akan umum PKP 4.0″ – Najib Razak
Sumber : Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/
Be the first to comment on "SELEPAS KERAJAAN UMUMKAN PERATURAN LEBIH ‘KETAT’ UNTUK PKP 3.0, INI KOMEN PADU NAJIB RAZAK KEPADA KERAJAAN MUHYIDDIN"