Wajah Berpantang Hanya Diberi Rating 5/10, Netizen Tetap Puji Kecantikan Ain Edruce

“Comey what muka tembam tu…😋 banyak-banyakkan rehat ye Ain…Jangan pikir sangat pasal rupa tu, tak elok untuk kesihatan!”

Setiap wanita yang bergelar ibu layak diberikan layanan bak puteri raja ketika berpantang dalam memastikan tubuh badan termasuk emosi pulih selepas membawa satu nyawa tambahan dalam diri selama lebih kurang 9 bulan lamanya.

Tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah saat kritikal yang perlu dilalui oleh ibu-ibu yang bersalin, apatah lagi bagi mereka yang pertama kali bergelar  ibu.

Ibu-ibu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan, antaranya perubahan bentuk tubuh yang tidak lagi seperti sebelum mengandung, waktu tidur yang tidak cukup, badan yang tidak bertenaga dan sebagainya.

Memuat naik video di laman TikTok, pelakon Ain Edruce ‘terkejut’ apabila mendapat skala 5 sahaja peratusan kecantikan wajahnya ketika berpantang menerusi satu aplikasi kesan wajah meskipun baharu sahaja seminggu melahirkan bayi sulungnya.

@ainedruce91

5 ?!!!!! Hahahah okay lah dr x de. Hahah

♬ original sound – Althea Jen Abigania

Menyifatkan Ain atau dengan nama sebenarnya Nurulain Edruce merupakan seseorang yang ceria dan aktif, dengan respon bersahaja selepas menggunakan aplikasi itu, beliau tetap berpuas hati dengan peratusan kecantikan yang diberikan kerana mengetahui ianya hanya sekadar suka-suka.

Walau bagaimanapun hantaran yang dikongsi itu meraih perhatian warganet kerana menurut peminat wajah Ain Edruce dikatakan kelihatan lebih berseri selepas bersalin dan mendakwa aplikasi tersebut telah rosak.

Malah, pelakon ini dinasihatkan untuk mengawal emosi terlebih dahulu kerana ianya memainkan peranan yang besar dalam menjamin kesejahteraan ibu selepas bersalin.

Ini kerana, kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai ‘meroyan’ amat lazim terjadi pada ibu yang menerima gangguan emosi.

Hakikatnya sebaik melahirkan cahaya mata, pasangan ibu-bapa akan berhadapan asalah dan cabaran sebenar, ada kala apa yang dilalui tidak pernah dibaca dan diceritakan sebelum ini.

Meskipun perkongsian foto outfit of the day (OOTD) Ain memakai seluar selepas seminggu melahirkan bayi sulungnya turut mengundang kritikan netizen yang menganggap selebriti ini melanggar pantang, Ain bagaimanpun tampil berkongsi video bahawa dia masih mengikuti tatacara berpantang dengan cara yang betul.

@ainedruce91

❣️😜❣️

♬ Seaside_demo by SEB – SEB

Rata-rata memuji Ain kelihatan bersemangat dan ‘enjoy’ menjalani proses berpantang apatah lagi dia merupakan salah seorang selebriti yang gemar bermain aplikasi TikTok meskipun ketika saat-saat getir sewaktu ingin melahirkan bayi sulung.

Dari aspek kesihatan, ibu yang baru bersalin dan menyusu harus sentiasa menjaga kesihatan mental yang berkait rapat dengan kehidupan seharian selepas bergelar ibu, untuk itu pentingnya sokongan keluarga terutama suami supaya pasangan berasa dihargai dan mampu menjalani tempoh berpantang dengan indah.

Apa-apa pun, selamat berpantang Ain! Semoga atas kelahiran bayi pertama ini merapatkan lagi hubungan suami-isteri, kekalkan aura positif dan ceria-ceria selalu ya!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: TikTok Ain Edruce

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

 

Be the first to comment on "Wajah Berpantang Hanya Diberi Rating 5/10, Netizen Tetap Puji Kecantikan Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*