Ig Ibu Neelofa Did4kwa Muat Naik Status Biad4p. Noor Kartini Mohon Maaf Pada Istana Johor, Tunku Idris Ingatkan Adab Tidak Boleh Dijual Beli

KUALA LUMPUR : “Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik…

Itu adalah antara rantaian kata yang dimuat naik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagram beliau pada Ahad.

Ibu kepada selebriti sensasi Neelofa, Datin Noor Kartini memohon maaf atas penularan tangkap layar dari Instagram Storiesnya pada Ahad.

Menerusi kemaskini terbabit, Noor Kartini menulis kandungan yang mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Tulisnya; “Kalau perihatin suruh la agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!!!”Susulan insiden berkenaan, Noor Kartini tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.”

Dalam tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani kebimbangan lonjakan penular4n C0VID-19.

Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.

Warga maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu, telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku Idris.

Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (instagram) saya.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuatnaik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini).

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi,” katanya.

Sebelum ini tular di Twitter apabila pengguna berkongsi tangkap layar daripada akaun Instagram Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar yang berkongsi visual dari Instagram Stories Noor Kartini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://gempak.com/

Be the first to comment on "Ig Ibu Neelofa Did4kwa Muat Naik Status Biad4p. Noor Kartini Mohon Maaf Pada Istana Johor, Tunku Idris Ingatkan Adab Tidak Boleh Dijual Beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*