“Ya Allah Jangan Kau Cabut Ny4wa Aku Di Musim C0vid, Siapa Nak Tengok Kat Kvbur”

Memasuki usia 68 tahun bulan hadapan, pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa bimbang dengan situasi c0vid-19 melanda negara, apatah lagi kes semakin tinggi.

Pelakon itu turut marah dengan sikap penting diri pihak yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin. Fauziah turut kesal apabila mendengar berita ramai rakyat di negeri kelahirannya, Perak tidak menghadiri temu janji vaksin.

“Siapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi vaksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh temu janji, pergilah.

“Kenapa dengan orang Perak ini? Sampai 10,000 orang tak datang. Sudah dapat temu janji, pergilah. Kamu semua tak percaya ke c0vid-19 ini membunuh? Kalau satu rumah dah dijangkiti, baru nak menyesal.

“Berdoalah supaya tidak ada apa yang serius berlaku kerana kalau meninggal dunia sekali pun, tiada siapa boleh ziarah kita,” katanya.

Bakal menerima dos pertama vaksin pada 2 Jun ini, Fauziah berkata beliau sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada wabak tersebut.

“Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim c0vid-19. Bukan apa, takut tengok.

“Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terkahir…adik beradik tak boleh tengok. Kalau (meninggal dunia) disebakan c0vid-19, tayamum sahaja, tak dimandikan. Berbungkus sahaja la,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "“Ya Allah Jangan Kau Cabut Ny4wa Aku Di Musim C0vid, Siapa Nak Tengok Kat Kvbur”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*