“Zaman Saya Dulu Kena Cili Dah Mulut” – Siti Sarah Hairan Budak Zaman Sekarang Mudah Menc*rut

Memang kita tidak boleh samakan zaman dahulu dengan sekarang, namun sepatutnya adab dan kesopanan kita perlulah dibawa dari dahulu sehinggalah kini dan selamanya. Tidak sepatutnya semakin maju negara dan pemikiran kita, semakin mundur adab kita. Mungkin itulah yang menjadi persoalan penyanyi Siti Sarah Raissuddin apabila melihat budak zaman sekarang lebih mudah melontarkan kata-kata yang kurang enak didengar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Kenapa budak zaman sekarang ni sebut b*b* macam tak ada apa ye? Zaman saya dulu kena cili dah mulut,” tulis Siti Sarah yang hairan dengan kelakukan budak zaman sekarang. 

Mungkin anda juga pernah melalui situasi ini dimana anda terlihat budak-budak zaman sekarang yang senang mencarut. Entah di mana silapnya sehingga perkataan carutan itu seperti menjadi peneman di bibir. 

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan dan persoalan Siti Sarah itu. Hampir kesemua merasakan perkara yang sama dengan apa yang dirasai Siti Sarah. Makan cili sebab tak jaga mulut waktu kecil dulu dah jadi perkara biasa pada zaman dahulu. 

Zaman dah berubah, tapi harapnya kita masih menitik beratkan soal adab dalam kehidupan seharian kita. Jangan biasakan anak-anak terlalu mengikut apa yang dia dengar di internet dan sentiasa pantau isi kandungannya. Kalau mereka mencarut, tegurlah dengan tegas dan didik mereka untuk sentiasa menjaga percakapan. Apa-apa pun, semoga kita kekalkan adab kita tidak kira di mana kita berada.

Sumber daripada: Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

 

Be the first to comment on "“Zaman Saya Dulu Kena Cili Dah Mulut” – Siti Sarah Hairan Budak Zaman Sekarang Mudah Menc*rut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*