Kacak seiras Jericho, peminat geIar Shukri Yahaya Iucu macam Lee Kwang Soo pula

Pelakon, Shukri Yahaya sangat diminati oleh peminat drama tempatan kerana bukan sahaja wajahnya malah bakat selebriti lelaki ini yang sentiasa mengundang penonton emosi di kaca televisyen.

Malah selepas kejayaan dia membawa watak Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku, Shukri Yahaya pada tahun ini tular lagi sebagai Nazril Nazim dalam naskhah berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa.

Syukri

Walau bagaimanapun, satu rakaman dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok ini membuatkan ramai peminat Shukri Yahaya terhibur dengan pelakon ini.

Mana tidaknya, kelucuan Shukri Yahaya yang semakin mendapat perhatian mengundang dia digelar sebagai Lee Kwang Soo Malaysia pula.

Ini berikutan maklum balas selepas Shukri Yahaya membalas reaksi seorang wanita yang bergurau mengenai harga makanan. Lihat sahajalah bagaimana gelagat lucu Shukri Yahaya ini mencetuskan peminatnya terhibur lagi.

@babyyy0798

Adik beradik masuk airrrr kelakar 😂😂😂😂 ##fyp ##shukriyahaya ##nazrilnazim

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Hanya sekadar memberikan respon ringkas, sikap selamba Shukri Yahaya dihujani bermacam-macam komen netizen yang mana ditinggalkan di hantaran video pengguna TikTok tersebut.

Bagi peminat jawapan Shukri Yahaya yang sejak kebelakangan ini jarang tidak kelakar macam Lee Kwang Soo mengundang video itu juga membuatkan rata-rata peminat sangat terhibur sehinggakan dia kini turut dilihat sebagai selebriti yang selamba dan kelakar.

“Macam Lee Kwang Soo react pape pun lawak”

Shukri YahayaIMG_20210621_080342

“Hahaha jawapan dia”

IMG_20210621_080354

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "Kacak seiras Jericho, peminat geIar Shukri Yahaya Iucu macam Lee Kwang Soo pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*