“Dis4man Pihak Berkuasa…” -Lan SoIo Ajak Pengadu Bersemuka

Kuala Lumpur: Penyanyi Lan Solo, 36, terkil4n dirinya terus menjadi m4ngsa ‘d3ngki’ sesetengah pihak sehingga dis4man apabila individu itu membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian terbaru, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dis4man Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akibat menghal4ng lalu lintas di kawasan kedai runcitnya di Puchong, Selangor.

Menurutnya, dia kecew4 kerana individu yang membuat aduan itu adalah orang sekeliling dan hairan kerana mereka sentiasa tidak puas hati kepadanya.

“Saya kena s4man lagi. Orang yang membuat advan itu pun orang di sekeliling sini saja. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Apa masalah anda sebenarnya? Saya cari makan saja kot. Sudahlah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begini, jualan pun tidak menentu,” katanya.

Penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu turut menasihatkan individu berkenaan supaya bertindak berani tampil bersemuka dengannya dan bukan terus-menerus mengadu kepada pihak berkuasa.

“Kalau anda rasa tak puas hati dengan saya atau kedai saya, beritahu saja. Tak payahlah sampai mengadu kepada pihak berkuasa hingga menyusahkan mereka datang ke sini untuk tengok dan keluarkan saman.

“Saya tak kisah, mereka buat kerja mereka tapi anda kenapa? Saya rasa sudah beberapa kali sudah saya terkena. MBSJ pun dah saman, anda puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan anda dipermudahkan dunia akhirat,” katanya menerusi sebuah video di Instagram.

Lan menjalankan perniagaan runcit dan makanan dari Sabah serta Sarawak iaitu Lan Solo Borneo Mart di Taman Puchong Prima sejak setahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mymetro

Be the first to comment on "“Dis4man Pihak Berkuasa…” -Lan SoIo Ajak Pengadu Bersemuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*