“Perempuan bisa sej4hat itu!” -Nampak perempuan lain dalam kereta teman lelaki, “Plot twist padu…”

Sebuah video yang menunjukkan perg4duhan antara seorang wanita ini dengan teman lelakinya telah membuat penonton ternganga apabila melihat kesudahannya.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter itu, seorang wanita dilihat menemui kereta teman lelakinya di tepi jalan ketika menunggang di belakang seorang penunggang motosikal. Apabila motosikal itu berhenti di hadapan kereta tersebut, wanita itu turun dan memaksa teman lelakinya membuka pintu kereta.

Lelaki itu pada mulanya enggan membuka pintu tetapi apabila wanita itu mengugvt untuk memec4hkan cermin keretanya, lelaki berkenaan akhirnya keluar dari kereta.

Rakaman yang diambil dari sebuah jambatan itu menunjukkan pasangan berkenaan sedang bertengkar, sementara wanita itu menunjuk-nunjuk di dalam kereta kerana dia tahu ada perempuan lain dalam kereta teman lelakinya itu.

Wanita berkenaan dilihat mengamuk dan menendang-nendang kereta teman lelakinya itu yang menggunakan cermin gelap menyebabkan dia tidak dapat melihat di dalam, dan memaksa lelaki itu untuk membuka pintu kereta namun lelaki tersebut cuba menghalangnya.

Ketika mereka sedang bertengkar, seorang wanita berjaket denim keluar dari pintu sebelah kanan tanpa dilihat sebelum beredar dari kawasan tersebut.

Mengetahui bahawa dia sudah selamat, lelaki itu akhirnya membuka pintu keretanya untuk menunjukkan kepada teman wanitanya itu bahawa tiada sesiapa di dalam.

Tidak lama kemudian, wanita berjaket denim tadi kembali dari laluan yang sama dia melarikan diri dan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah kawan wanita berkenaan apabila mereka berdua berpelukkan.

“Plot twist padu…”

“boleh kalah drama pukvl 7 …”

“timing perempuan baju biru tu…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "“Perempuan bisa sej4hat itu!” -Nampak perempuan lain dalam kereta teman lelaki, “Plot twist padu…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*