Lelaki dedah apa ada dalam beg tangan wanita, “Kurang ajar ya…”

 

Beg tangan adalah satu aksesori penting dalam kehidupan wanita. Ia boleh diibaratkan sebagai rumah ketiga selepas rumah dan kereta kerana di dalam beg tangan merekalah terletak pelbagai keperluan penting yang mungkin diperlukan apabila berada di luar.

Sesetengah wanita akan membawa beg tangan jenis kecil sementara ada yang membawa beg tote yang besar dan boleh memuatkan barang-barang berat terutamanya apabila mereka keluar untuk membeli belah.

 

Berat 4.1g Dengan Audio Berkualiti Tinggi? Sebab-Sebab Anda Perlu Dapatkan HUAWEI FreeBuds 4 Untuk Suasana WFH!

Namun apa yang pasti setiap wanita menyimpan keperluan asas yang sama dalam beg tangan mereka seperti telefon bimbit, dompet, dan alat solek.

Walau bagaimanapun seorang pengguna TikTok ini telah mendedahkan apa lagi barang-barang yang boleh ditemui di dalam beg wanita.

Dengan menggunakan lagu Dunia Khayalan sebagai latar, lelaki itu mengajak penonton memasuki ruang di dalam beg wanita di mana dia menemui duit-duit bertaburan, alat solek, pelbagai resit pembelian, wayar pengecas, tuala wanita, dan jarum peniti, serta bermacam-macam lagi.

Pendedahan individu itu ternyata membuat ramai wanita dapat relate dan geram disindir sebegitu sekali.

“Terpaling betul ah…”

“taktau dari mana datangnya…”

“tempat stor simpan barang…”

“Hanya mereka boleh jumpa barang yg dicari…”

“bila tang nak tisu ko cari beg perempuan gak…”

Sementara itu jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Lelaki dedah apa ada dalam beg tangan wanita, “Kurang ajar ya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*