‘RM50,000 bukan untuk pakcik itu seorang, tapi diagih-agihkan’

Kuala Lumpur: “Saya nak jelaskan yang saya tak serah bulat-bulat wang sebanyak RM50,000 kepada pakcik itu di atas faktor-faktor tertentu,” kata penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini berhasrat memberikan sejumlah wang kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur selepas berang dengan tindakan biadab seorang lelaki seperti yang tular, baru-baru ini. 

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia bersama pihak pengurusannya bersepakat untuk mengagihkan wang dijanjikan berkenaan kepada pihak-pihak yang memerlukan. 

“Kami pecahkan rezeki pakcik itu kepada pihak-pihak tertentu yang lain. 

“Saya bersama pihak pengurusan telah pun berurusan dengan pusat transit yang didiami pakcik terbabit dan Insha-Allah dalam masa terdekat akan diusahakan seperti sudah dibincang oleh kedua-dua belah pihak,” katanya. 

Menurut MK, dia berharap segala kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terjawab dan tiada perkara berbangkit. 

“Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tiada yang salah faham. 

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pakcik itu,” katanya. 

Terdahulu MK meluahkan hasratnya untuk memberi wang tunai sebanyak RM50,000 kepada seorang warga emas apabila mengetahui individu itu ditawarkan RM50 kerana berani tampil ke hadapan.

Bagaimanapun, perkongsian MK di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadamnya. Malah, menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu.

Dalam pada itu, MK turut berkongsi video ketika bertemu dengan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar, baru-baru ini. 

Perkongsian MK mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan MK yang sudi menyantuni warga emas itu selain menjadi contoh terbaik kepada anak muda lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HARIAN METRO

Be the first to comment on "‘RM50,000 bukan untuk pakcik itu seorang, tapi diagih-agihkan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*