Hamil setelah 4 tahun tunggu zuriat, wanita h1dap Cov1d-19 reda selepas ucap syahadah sebelum ‘ditidurkan’…

IBARAT mendapat nyawa kedua!

Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan pengalaman yang dihadapi bekas pesak!t c0vid-19 tahap lima ini selepas pulih daripada jangk1tan v1rus berkenaan.

Selama 25 hari dir4wat di hospital, dengan lima hari daripadanya ditempatkan di Unit Raw4tan Rapi (lCU) malah terpaksa ditidurkan (intvbate), dia akhirnya pulih berbekalkan doa yang dititip oleh insan tersayang dan semangat juangnya demi bayi yang dikandung.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Hafiza Jumali berkata dia dijangk1ti v1rus berkenaan kerana merupakan kontak rapat kepada suami yang mendapat jangk1tan dari tempat kerja.

“Sebelum itu suami pos1tif. Dan saya yang masa tu ham1l 24 minggu sudah alami simpt0m seperti dem4m dan hilang deria bau dan rasa. Ketika itu sebenarnya sudah terdetik kemungkinan saya juga positif.

“Saya pergi hospital dengan tujuan nak buat ujian calitan (swab) tapi akhirnya terus dit4han di w4d kerana doktor beritahu saya dah tahap dua. Memang sehelai sepinggang waktu itu.

c0vid baru 1

Hanya panggilan video bersama suami untuk mengubati rasa rindu.

“Saya ditempatkan di w4d biasa sebab masa itu oksigen okay lagi. Di situlah bermula pengalaman yang saya takkan lupakan seumur hidup. Dua hari berturut-turut pesak!t di sebelah katil saya men1nggal dunia.

“Saya nampak depan mata frontliners mencuba sungguh-sungguh nak selamatkan ny4wa pesak!t ini tapi g4gal. Dua ins1den berlaku depan mata, memang saya d0wn sikit masa tu,” cerita suri rumah berusia 32 tahun ini.

Tambah Nur Hafiza, keadaan kesihatannya juga semakin meros0t sehingga dia akhirnya terpaksa dipindahkan ke ICU untuk ‘ditidurkan’.

c0vid baru 2

Selain suami, ibu bapa dan keluarga, Nur Hafiza mendapat semangat dan kekuatan daripada rakan-rakan.

“Saya ingat lagi tarikhnya iaitu 10 Julai. Sebelum nak ditidurkan, doktor beri peluang untuk saya berhubung dengan insan-insan tersayang lebih kurang 15 minit.

“Saya mohon maaf dekat suami dan beritahu kalau baby kami survive, minta dia jaga elok-elok. Saya juga mohon maaf pada kedua ayah dan ibu. Masa itu ayah menang1s, tak pernah saya tengok dia macam tu. Mak pula beri kata-kata semangat dan yakin yang saya kuat.

“Saya beritahu ayah jangan menangis sebab saya akan bangun, saya akan berjuang dan ayah kena beri saya semangat. Selepas itu, doktor ajarkan syahadah. Saya ketika itu dalam keadaan reda… selepas tu tak sedar dah,” ujarnya yang menetap di Ampang.

Tambah Nur Hafiza, dia sendiri tidak menyangka mampu mengharungi saat getir tersebut dan berpeluang mengecap sekali lagi nikmat kehidupan.

“Sepanjang tak sedarkan diri, saya bermimpi bertemu dengan baby saya. Mungkin Tuhan nak tunjuk, sebab saya berazam untuk kuat demi baby dalam kandungan.

“Saya sebelum ini pernah hidap kanser ovari tahap satu, dan terpaksa tunggu empat tahun sebelum dikurniakan nikmat untuk ham1l… tapi diuji c0vid-19 pula. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan. Walaupun berat saya turun lapan kilogram, tapi berat dan keadaan baby okay,” ujarnya sambil menambah, usia kandungan sulungnya kini mencecah 28 minggu.

 

Sepanjang tak sedarkan diri, saya bermimpi bertemu dengan baby saya. Mungkin Tuhan nak tunjuk, sebab saya berazam untuk kuat demi baby dalam kandungan.

NUR HAFIZA JUMALI

BEKAS PEsak!t c0vid-19 TAHAP 5

Selepas dirawat selama 25 hari, Nur Hafiza dibenarkan pulang pada 25 Julai lalu.

Ujar wanita ini, apa yang dilaluinya memberikan 1,001 hikmah selain membuatkannya lebih mensyukuri peluang kedua yang diberikan.

“Saya ibarat individu lain apabila sedarkan diri. Tak terhingga apa yang diberikan Allah iaitu peluang kedua. Saya mahu menjadi individu yang lebih baik, berbakti kepada suami dan ibu bapa.

“Kini saya masih dalam proses untuk pulih sepenuhnya… sekarang masih batvk-batvk, tak boleh tarik nafas dalam-dalam, dan hati juga ada kesan.

c0vid baru 3

Nur Hafiza sangat berterima kasih kepada para petugas hospital kerana merawat dan menjaganya sehingga pulih.

“Bagi mereka yang hadapi situasi sama, kena positif dan terus kuat. Jangan down atau terlalu sedih. Kena tetapkan matlamat juang untuk terus hidup. Macam saya, saya berazam nak lawan demi baby.

“Akhir sekali, penghargaan yang tak terhingga buat semua frontliners terutama yang jaga saya. Mereka begitu mengambil berat, bersemangat dan lakukan tugas dengan ikhlas sedangkan mereka juga ada keluarga. Saya terhutang budi dan tabik dengan anda semua,” ujarnya lagi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Hamil setelah 4 tahun tunggu zuriat, wanita h1dap Cov1d-19 reda selepas ucap syahadah sebelum ‘ditidurkan’…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*