Tidak kunjungi rumah bapa saudara, lelaki ditemukan meninggal dunia

Langkawi: Misteri kehilangan penangkap ketam yang tidak mengunjungi rumah bapa saudaranya dua hari lalu terjawab selepas penemuan mayat di sebuah rumah di Kampung Kuala Temonyong, di sini, hari ini.

Mangsa, Harisman Ismail, 45, ditemukan bapa saudaranya dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen di rumahnya, pada 1.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya bersama kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Mangsa dipercayai mati dua hari lalu selepas kali terakhir dilihat saksi pada Selasa sekitar jam 9 pagi. Keadaan mayat mula membengkak,” katanya ketika dihubungi di sini.

Shariman berkata, mangsa adalah duda beranak tiga, namun tinggal bersendirian di rumah itu.

Mengulas lanjut, katanya, hasil temubual dengan bapa saudara mangsa, anak buahnya itu tidak datang ke rumahnya sejak dua hari lalu.

“Bapa saudaranya itu kemudian ke rumah mangsa untuk melakukan pemeriksaan sebelum menemukannya dalam keadaan tertiarap di hadapan televisyen,” katanya.

Katanya, pengesahan kematian mangsa dilakukan petugas perubatan sebelum mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) untuk bedah siasat.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HMetro

Be the first to comment on "Tidak kunjungi rumah bapa saudara, lelaki ditemukan meninggal dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*