Anggota polis meninggal dunia depan bank

Putrajaya: Seorang anggota polis yang bertugas di balai Cyberjaya meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, tengah hari semalam.

Berita itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di Facebook (FB), semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggota itu ialah Sarjan Che Bahari Che Awang, 52, yang sudah 30 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, kejadian berlaku jam 12.10 tengah hari di hadapan bank berkenaan.

Katanya, Allahyarham yang menghidap penyakit buah pinggang tinggal di Apartmen Casa Dahlia, Taman Dahlia di Bandar Baru Salak Tinggi.

“Jenazah dibawa ke Hospital Serdang untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Seluruh warga IPD Sepang menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama solihin,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HARIAN METRO

Be the first to comment on "Anggota polis meninggal dunia depan bank"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*