Buat Panggilan Video, Ibu Shuib ‘Sedih’ Remy Ishak Nikah ‘Selepas Ini Boleh Ke Tengok Awak Lagi?’

Seperti umum mengetahui, jejaka pujaan Malaya iaitu Remy Ishak telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu. Berikutan daripada itu, ramai netizen tidak henti-henti mendoakan agar pasangan ini melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.

Tidak ketinggalan ibu pelawak terkenal, Shuib iaitu Salamiah Jalani turut meninggalkan beberapa nasihat buat aktor pujaannya itu.

Titip nasihat buat Remy

Nasihat tersebut dititipkan Salamiah Jalani kepada Remy Ishak menerusi panggilan video yang dibuat oleh Shuib. Salamiah berpesan supaya Remy menjadi suami yang soleh dan mithali dengan menjaga serta melayan isterinya dengan baik.

Jaga isteri baik-baik seperti yang mak cik selalu tonton dalam drama. Dalam luar drama pun perlu lebih baik lagi. Seronok sangatlah nampak awak. Apa pun, selamat pengantin baharu sehingga kekal hingga syurga.

Tidak terhenti di situ, Salamiah sempat mengucapkan selamat pengantin baharu dan tahniah buat Remy dan isteri atas perkahwinan yang dibina.

Selamat pengantin baharu, diam-diam ya. Ya Allah minatnya awak dan orang rumah (isteri) pun cantik. Selepas ini boleh ke tengok awak lagi? Sed1h sangatlah (ketawa).

Apabila ditanya mengapa ‘merahs1akan’ pernikahannya, Remy menjawab dia tiada niat langsung untuk merahs1akan perkara itu kerana risau jika ada perkara yang tidak baik berlaku.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : OHBULAN

 

Be the first to comment on "Buat Panggilan Video, Ibu Shuib ‘Sedih’ Remy Ishak Nikah ‘Selepas Ini Boleh Ke Tengok Awak Lagi?’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*