Perdana Menteri ziarah Ahmad Zahid di hospital

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menziarahi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu hantaran di laman Twitter berkongsi sekeping gambar berhubung lawatan tersebut.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri @IsmailSabri60 melawat Datuk Seri Zahid di hospital. Meski sudah di puncak, tidak lupa pada ketuanya.

“Tanda setia pada persahabatan, kasih sayang dan saling menghormat!. Amalan yang baik jadi teladan,” tulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu.

Semalam, anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah menerusi laman Instagram, berkongsi sebuah video memaparkan bapanya ditolak masuk ke dewan bedah untuk menjalani prosedur melibatkan kecederaan tulang belakang.

Nurul Hidayah turut berkongsi satu lagi hantaran memaklumkan bapanya telah selesai menjalani pembedahan dan mengadu kepada isteri dan dirinya tentang kesak!tan yang dialami.

Alhamdulillah abah sudah selesai OT (pembedahan di dewan bedah). Sampai bilik abah mengadu pada mak dan saya. Mak cakap, sabar bang. Mak capai capai tasbih abah. Mak bisik pada abah, zikir bang.

“Indah cukup indah. Alhamdulillah. Semoga bila sampai waktunya, pengakhiran yang baik dan mulia buat mak dan abah.

“Siapa pun mak abah kita, pemimpin negara, pemimpin parti, guru sekolah, pemandu, penghantar makanan, pengawal keselamatan, siapa pun mereka, berbaktilah,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :– K! ONLINE

Be the first to comment on "Perdana Menteri ziarah Ahmad Zahid di hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*