Sentuh suami beralaskan bubble wrap, kek dan pulut kuning mak tiada rasa… wanita anggap kuarant1n 12 hari sebagai ‘meng1nsafkan’

HARI ulang tahun kelahiran dan perkahwinan yang jatuh pada 9 September lalu pastinya men1nggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan oleh Nur Aisyah Mazalan seumur hidup.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana dia dapat meraikan hari istimewa ini bersama suami di sisi, namun sambutan kali ini nyata berbeza apabila dia terpaksa menjalani kuarant1n kendiri selepas disahkan pos1tif c0v1d-19.

Sungguhpun terpaksa ‘berkvrung’ di dalam bilik seorang diri, namun dia tidak menyangka menerima kejvtan daripada suami.

“Selepas dapat tahu keputusan ujian cal1tan c0v1d-19 saya pos1tif, macam-macam perkara terlintas di kepala. Paling saya r1saukan adalah ibu saya kerana dia berusia 69 tahun dan ada penyak1t d4rah t1nggi.

“Syukur sangat kerana ibu dan suami negatif. Jadi kami buat persiapan untuk kuarant1n saya dalam bilik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya langsung tak rancang nak celerate pun sebab dalam situasi sekarang ni. Tapi pukvl 12.30 tengah malam tu, suami ketvk pintu.

“Saya memang belum tidur lagi sebab susah nak lelap sejak kuarant1n. Ingatkan nak datang hantar makanan, rupa-rupanya siap buat surprise dengan belon dan coklat.

“Tapi tak boleh pegang, hanya mampu tengok di sebalik ‘bubble wrap’ yang dijadikan langsir penghadang pintu bilik saja,” ujar wanita berusia 33 tahun ini.

surprise baru 1

Sambutan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan Nur Aisyah yang jatuh pada 9 September lalu tidak diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya kerana terpaksa menjalani kuarant1n.

Sambutan untuk hari yang paling istimewa pada setiap tahun itu tidak berakhir di situ sahaja.

Nur Aisyah berkata, ibunya turut menyediakan pulut kuning pada keesokan hari, malah dia turut menerima kek yang dihantar oleh rakan-rakan.

“Sed1h sebab kita makan tapi deria rasa tak ada… jadi telan saja. Dan keluarga serta kawan-kawan juga buat majlis bacaan Yassin secara maya masa hari jadi tu,” ujarnya yang menetap di Johor Bahru, Johor.

surprise baru 3

Kek kiriman rakan-rakan dan pulut kuning istimewa masakan ibu sempena hari lahirnya.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pesak!t c0v1d-19, Nur Aisyah berkata dia membuat ujian calitan selepas dimaklumkan bahawa seorang individu yang turut terlibat dalam satu projek bersamanya positif c0v1d-19.

“Mula-mula saya buat ujian kendiri dengan kit yang dibeli. Hasilnya positif. Namun saya buat lagi sekali di klinik dan sah, saya positif c0v1d-19.

“Saya sihat seperti biasa dan tiada simptom pun. Namun masuk hari kelima kuarantin, barulah mula dem4m dan kemudian h1lang deria bau dan rasa. Kiranya saya alami simptom yang ringan saja.

surprise baru 4

Nur Aisyah bersama ibu dan suami.

“Nak dijadikan cerita, dalam tempoh kuarantin tu, saya dapat khabar bahawa seorang rakan yang satu bidang menqnggal dunia selepas sehari saja ditidurkan. Lebih tersent4k sebab namanya pun Aisyah.

“Memang masa tu ada rasa t4kut sebab kita tak dapat jangka apa bakal berlaku. Saya cerita pada suami dan kami decide perlu ambil langkah lebih berhati-hati.

“Kami pasangkan ‘bubble wrap’ di pintu… tak tahulah berkesan ke tidak tapi itulah usaha yang boleh kami buat,” ujar pekerja di syarikat swasta dan turut menjalankan bisnes secara online.

 

Keluarga serta kawan-kawan juga buat majlis bacaan Yassin secara maya masa hari jadi tempoh hari.

NUR AISYAH MAZALAN

Menurut Nur Aisyah, tempoh 12 hari menjalani kuarantin kendiri di bilik cukup membuatkan dirinya bermuhasabah.

“Memang ia 12 hari yang penuh mencabar. Dalam tempoh itu saya banyak muhasabah dan berfikir. Bagi saya, ia ujian yang datang dengan beribu hikmah.

“Saya pun tak sangka video yang saya upload pasal kejutan suami tu menarik perhatian ramai. Ramai yang beri kata-kata semangat, doa malah ramai juga yang kongsi petua.

surprise baru 2

Nur Aisyah gembira dan bersyukur kerana sudah selesai menjalani tempoh kuarant1n selama 12 hari.

“Saya terharu sangat dan rasa terlalu ramai orang yang baik-baik, yang prihatin dengan situasi saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka kerana prihatin walaupun saling tak mengenali,” ujarnya lagi.

Sehingga kini video tersebut meraih 41,000 jumlah tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Sentuh suami beralaskan bubble wrap, kek dan pulut kuning mak tiada rasa… wanita anggap kuarant1n 12 hari sebagai ‘meng1nsafkan’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*