Alhamdulillah, 10,000 baucar subsidi pelancongan Selangor bernilai RM100, Ini Tarikh Yg Boleh Ditebus

PERKHIDMATAN e-dagang Shopee menawarkan sebanyak 10,000 baucar subsidi pelancongan Selangor menerusi platform tersebut mulai 1 Oktober ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal negeri, Hee Loy Sian berkata, baucar bernilai RM100 setiap satu itu boleh ditebus untuk kegunaan di hotel, inap desa dan taman tema berlesen di negeri ini.

“Baucar ini boleh digunakan serta-merta khas untuk rakyat Selangor bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Selangor,” katanya, memetik Sinar Harian pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu turut menyarankan rakyat Selangor agar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 itu.

Loy Sian berkata, sebelum ini menerusi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 1.0, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta yang diagihkan kepada umum pada Januari lalu melalui Lazada dan Touch ‘n Go eWallet.

Pada 18 Disember tahun lalu, Selangor melancarkan program Penebusan Subsidi Baucar Pelancongan bernilai RM200 setiap satu membabitkan 10,000 baucar untuk menginap di hotel dan inap desa berlesen serta taman tema. -SH

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Alhamdulillah, 10,000 baucar subsidi pelancongan Selangor bernilai RM100, Ini Tarikh Yg Boleh Ditebus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*