“Dapat Iphone 13 Percuma..” – Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Itulah Ungkapan Terbaik Buat Pasukan Axis RedONE.

“Pemenang PMPL League, Axis redONE “Langkah kanan” kerana mendapat habuan apabila penaja rasmi pasukan tersebut, sebuah syarikat telco terkemuka di Malaysia, redONE menghadiahkan Iphone 13 Pro Max dan unlimited Internet selama setahun kepada semua ahli pasukan tersebut.

Berita baik ini diumumkan oleh Mr Farid, CEO redONE sendiri semasa makan malam bagi meraikan kejayaan pasukan tersebut di sebuah restaurant di Kawasan lembah klang semalam.

Menurut CEO redONE tersebut, ini adalah kali pertama beliau menyertai dunia E-sport di Malaysia, dan tidak menyangka pasukan yang ditaja itu berjaya menjadi juara liga pada PMPL Musim ke 4 sekali gus menaikkan lagi nama redONE di dalam dunia esport terutamanya dikalangan peminat PUBG Mobile tanah air.

Beruntung pasukan Axis Redone, sudah la menang dengan bergaya, dapat pula sponsor yang sangat “sporting”. Itu lah orang cakap, “tuah ayam Nampak di kaki, tuah Axis dapat Iphone 13 Max Pro”.

Iphone 13 dijangka masuk ke Malaysia pada pertengahan bulan Oktober ini, ramai peminat Iphone diseluruh Malaysia sanggup berikat perut nak dapatkan perati tersebut, tetapi pasukan Axis Redone dapat free je daripada penaja mereka. Wah, memang bertuah.

Walaubagaimana pun, min selaku salah seorang peminat PUBG Mobile, memang respect la CEO redONE ni, bagi “gempouk” berabis la, Harap2 CEO tu bagi dekat min jugak.

Ramai ke kenal team Axis redONE ni? Kalau kenal, cuba korang tulis pemain pilihan korang siapa?

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.metro.rimbabara.com/dapat-iphone-13/

 

Be the first to comment on "“Dapat Iphone 13 Percuma..” – Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Itulah Ungkapan Terbaik Buat Pasukan Axis RedONE."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*