[TERKINI] Ini peratusan terkini sebelum rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri

HANYA 2.8 peratus lagi diperlukan sebelum rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri.

Berkongsi status terkini c0v1d-19 dan vaks1nasi di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini 87.2 peratus populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin lengkap.

Populasi dewasa yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos berada pada tahap 94.3 peratus, katanya.

Sementara itu berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman web c0v1dNow, keseluruhan populasi dewasa di Malaysia dijangka sudah menerima sunt1kan lengkap pada 26 Oktober atau dalam tempoh 23 hari lagi.

Populasi keseluruhan yang menerima dos lengkap pula berada pada tahap 62.8 peratus.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "[TERKINI] Ini peratusan terkini sebelum rakyat Malaysia dibenarkan rentas negeri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*