Selepas Menerima Raw4tan Iaser, Ini Keadaan Terkini Bob Lokman

ALOR SETAR – Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani raw4tan l4ser untuk memul1hkan jantvngnya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Isnin lalu.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman membe­ritahu, dia terpaksa menjalani raw4tan itu untuk menutup jantung di bahagian atas yang ros4k.

“Alhamdulillah, saya sihat. Doktor kata keadaan jantung saya kini stabil walaupun bengk4k sedikit sebab buat l4ser dan akan pulih dua tiga hari lagi.

“Doktor masih pantau kea­daan saya, insya-Allah kalau keadaan semakin pulih dua tiga hari nanti, saya boleh keluar w4d,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Bob, dia menerima rawatan lanjut di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital itu sejak lima hari lalu.

“Saya ke Kedah untuk menjalani rawatan susulan setelah lama tertangguh, namun dima­sukkan ke CCU sebab jantvng saya di bahagian atas bergerak terlalu laju dan tidak stabil.

“Alhamdulillah saya rasa jantung saya semakin baik,” ujarnya.

Jelas Bob Lokman, dia sepatutnya ke hospital berkenaan untuk rawatan susulan enam minggu lepas, namun terpaksa ditangguhkan ekoran pen1ng­katan kes c0v1d-19 di negeri itu.

“Seminggu lepas itu barulah saya dapat ke sini dan buat pemeriksaan. Bila periksa, doktor cakap degupan jantung saya tak normal dan syor buat laser.

“Alhamdulillah Tuhan permudahkan semua. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya,” katanya yang ditemani isteri, Relawati Daud, 43, dan dua anaknya dari Kelantan ke negeri ini.

Bob Lokman menjalani pembed4han memasukkan alat Implantable Automat!c Cardioverter Defibrillator untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah pada hujung tahun lepas.

Bob mempunyai mas4lah jantvng sejak 1998 sebelum itu dimasukkan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : KOSMO

 

Be the first to comment on "Selepas Menerima Raw4tan Iaser, Ini Keadaan Terkini Bob Lokman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*