Rentas Negeri Akan Dibenarkan Beberapa Hari Lagi, Sekali Ini Reaksi Dr Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

Menerusi ciapan di laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan itu, beliau memaklumkan bahawa lar4ngan rentas negeri akan ditarik semula dalam masa beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan supaya semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengek4ng penul4ran jangk1tan CVD-19.

“Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakkan fizikal meskipun mereka telah div4ksinasi.

“Lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga,” tulis beliau di laman Twitter, awal pagi Khamis.

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah div4ksin dan setakat Rabu, angka tersebut mencecah 88.8 peratus.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian CVD-19 sebelum menziarah ahli keluarga.

“(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomat!k, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis Khairy di laman twitter.

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sek4tan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah div4ksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "Rentas Negeri Akan Dibenarkan Beberapa Hari Lagi, Sekali Ini Reaksi Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*