“Seląmat Tinggąl Dunią Perbidąnan.”- 45 Tahun berbąkti, Pąkar Sąkit Puan Dr Hamid Arshat Umum Bersąra.

Nama Datuk Dr Hamid Arshat memang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia kerana beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Malah ada yang menggelarnya Pak Bidan.

Pakar sak!t Puan, Datuk Dr Hamid Arshat, 76, adalah antara pakar O&G terawal muncul di persada perubatan Malaysia. Susulan pengalaman yang luas, beliau merupakan sumber rujukan orang ramai bagi masalah kesuburan.

Hari ini, beliau menerusi laman Facebook rasmi mengumumkan untuk mengundurkan diri dari bidang kepakarannya.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH. Melimpah nikmat dikurniakan kepada diri saya dan keluarga.

“Lebih 51 tahun diberi peluang jadi d0ktor dan lebih 45 tahun jadi pakar bidan.

“Tiba masa untuk saya mengundur diri dan bersara. Banyak perkara peribadi dan keluarga perlu diselesaikan selum bertemu dengan Maha Pencipta.

“Semoga sedikit sisa-sisa hidup yang masih ada dilimpahi dengan segala nikmat dan keberkatan dari ALLAH SWT serta dapat pengampunan segala dosa,” titipnya.

Datuk Dr Hamid di samping keluarga.

Pakar yang disegani itu sedih dan pilu dalam membuat keputusan bersara sementelah khidmatnya masih diperlukan pasangan yang mendambakan cahaya mata.

“Bukan mudah untuk mengambil satu keputusan yang amat besar ertinya dalam hidup saya.

“Masih ramai yang memerlukan perkhidmatan saya, malah staf saya perlu menolak permohonan pesak!t untuk buat janji temu dengan saya.

“Situasi begini menjadikan hati saya amat sedih dan pilu kerana tidak dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Adakala timbul perasaan berbelah bagi, namun saya terpaksa cekal dan mengawal perasaan. Semoga ini adalah satu keputusan muktamad dan saya tidak akan merasa kesal kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengalungkan penghargaan kepada beka$ pesak!t yang telah memberikan keperc4yaan kepadanya selama ini.

“Jutaan terima kasih atas keperc4yaan kepada saya memberi nasihat dan buat r4watan kepada pesak!t-pesak!t saya. Kepada mereka yang berjaya mendapat zur1at dan sembuh daripada penyak1t, tahn1ah saya ucapkan.

“Bagi yang belum berjaya dan tidak kesampa1an hajat, bersabar dan terus berdoa sambil jangan putus u$aha,” titipnya.

Malah beliau yang memulakan tuga$ sebagai D0ktor Pelat1h di Hospital Melaka pada April 1970 turut memohon ampun dan maaf atas kekurangan mahupun kelemahannya sepanjang memberikan khidmat.

Titipan doa turut dipohon agar beliau semua agar dikurniakan kekuatan iman, kesihatan , kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

“Kita tidak terlepas dari ujian ALLAH, itu semua adalah lumrah hidup. Adakala kita naik menjulang tinggi dan ada kala kita jatuh ke lurah jauh ke bawah.

“Hanya ketabahan dan kesabaran serta keyakinan terhadap pertolongan ALLAH SWT yang boleh membantu kita menneruskan perjalanan hidup.

“Hapuskan perangai hasad dengki, iri hati dan dendam kerana ke semua itu perosak pembangunan insan dan ummah,” titipnya.

PERJALANAN KERJAYA DATUK DR HAMID ARSHAD

Beliau mendapat pendidikan asas di Johor dan melanjutkan pengajian Medicine Bachelor and Bachelor of Surgery (MBBS) di Universiti Malaya pada tahun 1970.

Seterusnya pada tahun 1976 beliau mendapat Member of the Royal College of Obstetricians and Gynaecologists dari London diikuti Fellow of the Royal College of Obstetricians and Gynaecologists juga dari London pada tahun 1987.

Bermula dari itu berputiklah karier perolehi sepanjang kerjaya hidupnya menjadi seorang d0ktor pakar sak!t puan.

Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga meraih gelaran Profesor.

Seterusnya beliau dilantik menjadi Pengarah dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari tahun 1985 hingga 1989.

Setelah itu beliau membuka klinik pakar khas, sebagai seorang konsultan untuk memenuhi permintaan yang tinggi untuk perkhidmatannya khusus untuk masalah kesuburan dan masalah sak!t puan.

Warganet meluahkan rasa sebak atas persaraan beliau. Malah bekas pesak!t turut menitipkan doa dan penghargaan buatnya.

–  “Selamat bersara D0ktor. Terima kasih atas segala rawatan. Sepanjang saya hamil ketiga- tiga anak saya dalam pantauan D0ktor. Mendengar azan dan kalimah ALLAH pertama kalinya daripada D0ktor juga. Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat. Doa saya semoga d0ktor sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tercinta.”

-“Terima kasih atas khidmat D0ktor. Atas kepakaran D0ktor, rahmat dan izin dari ALLAH, 11 tahun lepas isteri saya berjaya mengandung dan dikurniakan anak sulung. Selamat bersara dan semoga ALLAH memudahkan urusan D0ktor.”

– “Selamat bersara Dr Hamid Arshat terima kasih untuk rawatan. Alhamdulillah penantian lima tahun akhirnya dikurniakan ank asbab rawatan D0ktor dan pasukan. Terima kasih ALLAH. Semoga D0ktor sihat selalu dan panjang umur dan dalam peliharaan ALLAH.”

– “Sel4mat bers4ra d0ktor. Terima kasih kerana memb4ntu ibu saya hampir 40 tahun lalu kerana dengan kh1dmat D0ktor, saya lah1r ke dunia.”

Sumber: Facebook Dr Hamid Arshat, Blog hamidarshat7

 

Be the first to comment on "“Seląmat Tinggąl Dunią Perbidąnan.”- 45 Tahun berbąkti, Pąkar Sąkit Puan Dr Hamid Arshat Umum Bersąra."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*