Kucing peliharaan gemar makan malam, bersenam bersama

 

JAKARTA – Seekor kucing di Indonesia menjadi sensasi internet selepas pemiliknya memuat naik klip video dan foto yang menunjukkan aksinya makan bersama di meja makan serta menaiki mesin larian setempat atau ‘treadmill’, lapor laman berita Suara.com semalam.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @heybogosipeo itu menunjukkan kucing bernama Hazelnut itu duduk bersama di atas kerusi di meja makan bersama anggota keluarga yang lain.

“Setiap kali makan malam, kucing saya akan turut serta dan duduk di kerusi seperti ini.

“Kadangkala saya hairan adakah ia memang seekor kucing atau bukan,” demikian kenyataan dimuat naik bersama ciapan itu.

Bahkan, wanita itu juga berkongsi bahawa Hazelnut tidak suka makan ikan selain turut enggan mencium bau ikan.

Dia juga turut memuat naik video yang menunjukkan kucing itu berjalan di atas sebuah ‘treadmill’ yang membuatkan netizen terhibur.

Komen :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber :  kosmo , twitter

 

Be the first to comment on "Kucing peliharaan gemar makan malam, bersenam bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*