“Sedekah Al-Fatihah Bila Saya Dah Tiada..”- Aktif Berdakwah, Saharul Ridzwan Tak Risau Orang Lupa Nama

Tahun demi tahun, industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang tampil dengan penghijrahan ke arah kebaikan. Tidak kira lelaki mahupun wanita, penghijrahan mereka wajar dijadikan contoh kepada rakan selebriti yang masih berada dalam kepompong lama.

Justeru, ada juga dalam kalangan mereka yang meninggalkan terus dunia populariti semata-mata untuk kembali ke jalan yang diredhai Ilahi. 

Begitu juga dengan pelakon kacak  Saharul Ridzwan yang meluahkan rasa rindu untuk kembali berak$i di lensa kamera setelah hampir dua tahun meninggalkan dunia lakonan.

“Perasaan rindu itu pasti ada sebab 10 tahun saya berada dalam industri hiburan ini tapi kehidupan saya hari ini bukan untuk lakukan apa yang saya suka sebaliknya untuk melakukan perkara yang Nabi dan Allah suka,” katanya.

Bagaimanapun, Shaharul tidak men0lak sekiranya diberikan peluang oleh pihak produksi untuk kembali berlakon.

“Banyak juga permintaan daripada peminat untuk melihat saya kembali aktif terutamanya kelab peminat iaitu Sr Tiger, tapi itulah saya pasti insyaAllah satu hari nanti saya muncul semula.

“Saya pasti, insyaAllah, ada rezeki saya berlakon, saya berlakon,”katanya.

“Saya tak kisah orang lupa saya, tak apa, tapi jangan lupa sedekahkan Al-fatihah nanti kalau saya meninggal. Kalau saya meninggal nanti, mestilah ramai datang cover kan? Saya harap orang ingat saya sebagai hamba Allah yang nak berhijrah dan sentiasa doakan saya,”katanya.

Ujar Shaharul, dia tidak mempunyai alasan kukuh untuk muncul di mana-mana majlis anugerah buat masa ini kerana tidak terlibat aktif dalam industri hiburan.

Katanya, dia kini memfokuskan diri dalam dunia perniagaan yang sedang diusahakannya, selain mendekatkan diri kepada Allah dan berubah ke arah kebaikan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: mStar (Faiz Izzat) , Instagram @saharulridzwan

 

Be the first to comment on "“Sedekah Al-Fatihah Bila Saya Dah Tiada..”- Aktif Berdakwah, Saharul Ridzwan Tak Risau Orang Lupa Nama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*