“Tak Rela Tinggalkan ibu..” Wak Doyok Cari Isteri Yang Sanggup Tinggal Bersama Ibu Mertua

Tinggal dengan mertua? Tak semua pasangan yang berkahwin yang mahu tinggal sebumbung dengan ibu mertua. Malah, sering kita dengar, adalah isu mak mertua dan menantu perempuan yang selalu tidak ‘sebulu’.

Namun, bagi anak lelaki bongsu sebagai contoh, mereka tidak harus membiarkan ibu yang sudah meningkat umur untuk tinggal sendirian.

Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Wak Doyok berkata dia mempunyai alasan sendiri tidak terburu-buru mencari pasangan.

Bagi Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42, dia ada alasan sendiri mengapa memilih untuk tidak terburu-buru mencari pasangan dan hanya berserah kepada Allah.

“Setiap orang ada rezeki masing-masing dan bagi saya jodoh sekarang ini untuk menjaga ibu sendiri. Itu adalah tanggungjawab untuk saya laksanakan.

“Saya bahagia hidup bersama ibu dan belum dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang wanita bergelar isteri. Itulah yang akan selalu katakan bila ada yang bertanya bila mahu kahwin,” katanya.

Usia ibunya kini semakin meningkat, Wak berkata dia korbankan masa untuk mencari cinta. Ujarnya lagi, dia juga mahukan bakal isteri yang bersedia untuk tinggal bersama mentua.

“Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dulu. Boleh atau tidak dia tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye.

“Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandangkan usia dia juga semakin meningkat,” katanya.

Dalam pada itu. Wak mendedahkan dia pernah dijodohkan dengan seorang cikgu namun disebabkan terlalu sibuk dengan kerja hasrat untuk berkahwin terpaksa dilupakan.

“Rasanya lima tahun lepas ada ibu cuba jodohkan dengan seorang guru namun tidaka menjadi sebab saya terlalu sibuk dengan kerja.

“Sekarang ini saya dah tak fikir soal jodoh. Hanya berserah kepada takdir yang Allah sudah tentukan dan menjalani hidup seperti biasa,” katanya.

 

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "“Tak Rela Tinggalkan ibu..” Wak Doyok Cari Isteri Yang Sanggup Tinggal Bersama Ibu Mertua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*