Resepi Ikan Berlado Buat Peminat Kecur Air Liur. Sheila Rusly Diminta Kembalikan Ketuk-ketuk Ramadan

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly sangat sinonim dikalangan peminat dalam segmen masakan terutama pada bulan puasa di mana ramai ternanti akan program Ketuk-Ketuk Ramadan.

Sheila Rusly atau mesra disapa ‘sis’ membuat keputusan untuk menghentikan program berkenaan pada tahun 2019 setelah 15 tahun menghiburkan peminat.

Bagaimanapun, selebriti berusia 51 tahun itu tidak pernah melepaskan peluang berkongsi ilmu dan pelbagai resepi di media sosial miliknya sebaik sahaja program berkenaan tidak lagi menemui peminat.

Bahkan, dia baru sahaja berkongsi resepi ikan belimbing berlado yang mudah didapati selain membuatkan seseorang makan tambah berkali-kali.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Rindu ketuk-ketuk Ramadan…

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah runut bunyi yang menjadi simbolik kepada program ‘legend’ rujukan memasak di bulan Ramadan itu membuatkan warganet meluahkan kerinduan.

Buatlah comeback Ketuk-Ketuk Ramadan

Malah, kebanyakan warganet meminta Sheila Rusly mengembalikan semula rancangan masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang sememangnya ikonik dengan bunyi ketukan kuali selain ucapan ‘alhamdulillah’.

 

Sumber: OMM

Be the first to comment on "Resepi Ikan Berlado Buat Peminat Kecur Air Liur. Sheila Rusly Diminta Kembalikan Ketuk-ketuk Ramadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*