Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahk4mah, langkah pertama Farid Kamil pujvk isteri

PELAKON Farid Kamil hadir muncul di Mahk4mah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat menjernihkan kembali hubungannya dengan isteri, Diana Danielle.

Farid, 42, berkata, bunga itu juga adalah sebagai langkah pertama untuk memujuk Diana agar kembali ke pangkuannya.

“Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama,” katanya kepada mStar.

Farid yang hadir ke mahk4mah berbaju batik corak hitam putih kelihatan ceria bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

farid 333

Farid kelihatan ceria dan positif ketika hadir ke mahk4mah.

Sementara itu, Diana yang hadir memakai sut berwarna hitam sempat menyapa petugas media yang menantikan kehadirannya seawal 8 pagi.

“Selamat pagi, salama Ramadan semua,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan pencer4ian terhadap Farid selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melepaskan aktres itu kerana masih sayangkannya.

Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan pencer4ian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

farid 444

Farid sedang berusaha menyelamatkan perkahwinannya dengan Diana.

Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perb4lahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan pencer4ian terhadap Farid.

Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : https://www.mstar.com.my/

 

Be the first to comment on "Sejambak bunga ros buat Diana Danielle di mahk4mah, langkah pertama Farid Kamil pujvk isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*