“Isteri Saya Yang Hebat & Cantik Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan” -Mat Dan

Selebriti yang kini penyiar radio di Molek FM, Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila isteri tersayang, Nadifa Adnan selamat bersalin anak ketiga mereka.

lebih menggembirakan, kelahiran ketiga ini adalah anak perempuan sulung selepas dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki sebelum ini.

Menerusi hantarannya di Instagram, Mat Dan menyatakan yang isterinya yang hebat dan cantik telah melahirkan seorang anak perempuan yang begitu indah. Mereka berdua juga berada dalam keadaan sihat serta sedang memulakan proses berpantang.

Dia yang berkongsi gambar memegang puteri tersayang telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menzahirkan ucapan tahniah kepada keluarganya.

Untuk rekod, Mat dan Nadifa Adnan telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.

Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Dia tertarik untuk tinggal di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Terengganu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Selepas kisahnya tular, dia telah menceburkan diri dalam bidang seni apabila muncul sebagai seorang pengacara, pelakon dan kini merupakan penyampai radio di Molek FM.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: Instagram mat_dan1

 

Be the first to comment on "“Isteri Saya Yang Hebat & Cantik Selamat Lahirkan Cahaya Mata Perempuan” -Mat Dan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*