“Terdetik Akan Kehilangan Abang Ipar..” Kejadian Tempoh Hari Buatkan Nelydia Takut Keluar Sendirian

PELAKON Nelydia Senrose mengakui kejadian abang iparnya iaitu Kamal Adli diserang individu tidak dikenali di Singapura baru-baru ini memberi kesan mendalam sehingga menimbulkan rasa trauma terhadap dirinya dan keluarga.

Menurut pelakon Nelydia Senrose atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, lebih membimbangkan apabila suspek berkenaan mendedahkan mengenali ahli keluarga Uqasha Senrose yang lain.

“Saya dan keluarga memang trauma selepas kejadian itu. Sekarang ini kalau kami nak keluar ke mana-mana memang lebih berhati-hati dan tidak akan berseorangan.

“Kamal pula dalam keadaan berjaga-jaga sebab kes masih dalam siasatan. Oleh kerana kami pun tak tahu motif penyerang itu, jadi Kamal tidak berani bebas keluar. Mungkin ambil tempoh ini untuk berehat,” katanya.

Nelydia berkata mereka sekeluarga juga sebenarnya terkesan dengan kejadian malang tidak berbau itu. Mana tidak, anggota keluarga lain turut berada di lokasi ketika itu.

“Ahli keluarga lain ada di sana ketika itu kecuali saya, emak, dan Raysha. Memang kami trauma terutama kakak paling tua yang berada sendiri di tempat kejadian.”Kalau ikutkan, saya pun patut pergi sana tapi tak sempat kerana ada hal. Kami terpaksa berjaga-jaga dan tidak berani keluar sendirian kerana insiden itu,” katanya ditemui pada Majlis Buka Puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel di sini, semalam.”Selepas mendapat tahu kejadian itu, jantung saya bagaikan nak gugur. Otak dah mula fikir bukan-bukan sehingga terdetik akan kehilangan abang ipar,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.Mahkamah Singapura kemudian mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Terdetik Akan Kehilangan Abang Ipar..” Kejadian Tempoh Hari Buatkan Nelydia Takut Keluar Sendirian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*