Farid Kamil Tawar RM319,700 Termasuk Vellfire Untuk Pujuk Isteri Kembali Bersama

Mahu menyelamatkan rumah tangganya, hari ini pelakon Farid Kamil membuat kejutan memberi tawaran pendamaian buat isterinya, pelakon Diana Danielle.

Menurut Farid, tawaran tersebut termasuklah, sebuah kereta Toyota Model Vellfire bernilai RM225,000 dan barang kemas bernilai RM10,700.

Bukan itu saja, turut dikemukakan wang pendahuluan nafkah selama empat bulan iaitu dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000 serta bayaran balik tiket Umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Dalam pada itu, Farid berharap dengan tawaran berkenaan mampu melembutkan hati isterinya sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarganya.

“Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, , Diana Danielle Danny Benson tawaran seperti berikut sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Saya harap tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

Difahamkan, hari ini Farid hadir menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 11.40 pagi tadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Farid Kamil Tawar RM319,700 Termasuk Vellfire Untuk Pujuk Isteri Kembali Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*