Keseronokan Beraya Bertukar Tragedi… Bagaikan Luruh Jantung Lihat Kesayangan Terbujur Kaku

LULUH hati seorang wanita menyaksikan kucing kesayangan mat! akibat terjatuh dari kediamannya.

Insiden tragis yang melibatkan si bulus bernama Lucy ternyata memberi kesan yang mendalam kepada pemiliknya, Siti Nasuha Sarmin, 26.

Berkongsi cerita kepada mStar, gadis yang lebih mesra disapa Sueha berkata, kejadian berlaku pada 1 Syawal ketika dia keluar pergi beraya.

“Pagi raya tu saya berbelah bahagi nak bawa Lucy keluar beraya. Biasanya memang saya bawa dia ke butik sebelum ni sebab dia suka mengikut.

“Tapi disebabkan cuaca terlalu panas sekarang, saya pun tinggalkan saja Lucy di rumah.

“Sebelum keluar memang nampak muka dia sedih sangat tapi tak ada pilihan sebab risau dia tak tahan cuaca di luar terlalu panas,” katanya yang mengusahakan butik.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, Sueha bertolak dari rumahnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang seawal pukvl 9 pagi untuk ke kediaman ibu bapanya juga di negeri sama.

Sueha sering membawa Lucy bersiar-siar.

Menurut Sueha, kucingnya berwarna oren itu kurang gemar untuk tinggal di dalam sangkar, maka dia membiarkanya bebas di rumah sewaktu ketiadaannya.

“Saya tinggalkan Lucy dekat ruang tamu rumah sebab dia memang tak suka terkurung dalam sangkar. Saya biarkan dia berada bebas dalam rumah.

Sueha menjaga Lucy sejak lapan bulan lalu.

“Masa nak keluar rumah agak kelam kabut sikit. Saya rasa balkoni memang tak berkunci dan Lucy pula pandai buka sendiri sebab pintu bilik pun dia pandai buka. Tapi sebelum keluar rumah memang saya pastikan semua pintu bertutup rapat.

“Malam tu pukvl 11 saya balik ke rumah selepas seharian beraya bersama keluarga. Saya tengok Lucy tak ada. Selalunya dia akan sambut saya dengan tunggu depan pintu,” ujarnya yang membela kucing itu sejak lapan bulan lalu.

Ketiadaan kucing kesayangan bagi menyambut kepulangannya di pintu rumah mencetuskan tanda tanya sebelum Sueha melakukan pencarian.

Lebih menghairankan apabila bekas makanan yang ditinggalkan juga tidak terusik. oleh kucing yang dibelanya sejak lapan bulan lalu.

“Pada mulanya saya ingatkan Lucy merajuk sebab tak pernah-pernah dia tak tunggu saya depan pintu. Masa tu rasa dah pelik tapi tak syak apa-apa lagi.

“Saya kemudian tergerak hati nak tengok luar rumah. Bila saya tengok ke bawah, ya Allah… nak luruh jantung tengok Lucy terbaring tak bergerak di lantai. Dia jatuh dari tingkat 4.

“Mungkin kejadian berlaku pada waktu pagi kerana bangkainya dah keras sewaktu ditemukan,” kata Suea dengan nada kesal.

Walaupun sedih, Sueha cuba mengumpul kekuatan bagi membawa bangkai kucing ke rumah ibu bapanya untuk dikebumikan.

Sueha masih bersedih dengan kemat!an kucing kesayangan.

Mengakui masih trauma, Sueha berharap kisah kemat!an kucingnya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pemilik haiwan peliharaan itu.

“Lucy memang buas tapi dia kucing yang jinak dengan semua orang. Famili saya pun terkesan lepas kemat!an Lucy.

“Memang sedih tapi siapa kita nak salahkan takdir. Jagalah sebaik mungkin pun, kalau Allah nak ambil balik, memang kita kena reda. Dia pinjamkan sekejap saja pun dah bersyukur sangat.

“Nasihat saya, sesiapa yang bela kucing di kawasan kediaman bertingkat kena ada keselamatan tambahan. Sebabnya kucing memang akan cari benda untuk bermain dan tak sedar bahay4 di sekeliling,” jelas Sueha menitipkan pesanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "Keseronokan Beraya Bertukar Tragedi… Bagaikan Luruh Jantung Lihat Kesayangan Terbujur Kaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*