“Orang Ingat Abang Jah4t, Saya Wanita Teraniaay4” – Posting IG Lisdawati Bukan Untuk Fauzi

Pelakon Lisdawati menjelaskan status Instagram yang dimuat naik baru-baru ini hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukan berkaitan keret4kan rumah tangga.

Kata Lisdawati, perkongsian itu sebahagian daripada ilmu yang diperoleh ketika membintangi drama bersiri Light & Love terbitan Nurflix baru-baru ini.

“Dalam kehidupan kita adakalanya kita tak sedar ada individu yang tergur1s dengan kita dan mungkin akan bercakap belakang. Situasi itu kita tak sedar.

“Saya pun ada keluarga yang besar yang mana saya sendiri pun ada masalah komunikasi. Jadi, entri itu adalah nasihat untuk diri saya dan semua orang jika ada masalah apa patut buat, nak simpan, jaga hati atau perbetulkan.

“Bila ada masaIah dengan saya datang cakap depan-depan, bukan cakap belakang,” katanya yang berjaya menyelesaikan masalah antara keluarga dalam tempoh kurang tiga hari.

Tegas Lisdawati, hubungannya dengan suami Fauzi Nawawi masih baik biarpun diIanda beberapa kontr0versi sejak akhir-akhir ini.

“Dengan abang Alhamdulillah cintan-cintun!…

“Orang selalu memandang saya memegang watak lembut manakala abang Fauzi watak antag0nis. Orang menyifatkan abang sebagai orang yang suka buat peranga1, saya pula wanita yang selalu teran1aya.

“Tapi, Alhamdulillah, hubungan saya dan abang sangat baik dan kami saling memahami. Jadi, semua kisah yang tersebar, saya anggap sebagai uj1an yang perlu tempvhi.

“Sebagai seorang isteri, saya percaya ujian itu bukan datang saja-saja tapi ia untuk menguatkan hati saya berdepan ujian pada masa akan datang,” katanya.

Kata Lisdawati, hubungannya dengan Fauzi bertambah utuh selepas meIahirkan anak keempat yang kini berusia dua tahun.

“Ketika mengandung anak keempat, saya merasakan melalui fasa saya kembali bercinta dengan abang,” katanya.

Lisdawati, 42, mendirikan rumah tangga dengan Fauzi yang juga pelakon dan pengarah pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.

Fauzi turut memiliki empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Orang Ingat Abang Jah4t, Saya Wanita Teraniaay4” – Posting IG Lisdawati Bukan Untuk Fauzi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*