“Rayyan Mampu Jadi Imam Yang baik…,” – Meski Baru 11 Tahun, Rita Rudaini Syukur Dalam Seb4k Anak Sulung Terdidik Jadi Imam Keluarga

Pelakon versatil, Rita Rudaini ada berkongsi cerita mengenai sambutan raya tahun ini bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.

Meski disambut secara sederhana dan tidak berpeluang untuk menikmati Syawal di kampung halaman di Perlis atas situasi semasa yang berlaku, bintang cantik ini bagaimanapun tetap membuat persiapan pelengkap Aidilfitri.

“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling h1ba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.

“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVID-19 yang meIanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja.

“Anak-anak sukakan ketupat, hidangan wajib setiap kali raya. Mereka gemar makan bersama gulai daging air tangan Mama. Oleh itu, saya menempah ketupat dan memasak gulai daging sendiri mengikut resipi yang diminta daripada Mama,” katanya.

Malah, dua anaknya itu turut menyangka ada tetamu yang bakal hadir mengenangkan menu yang dimasak dalam kuantiti yang banyak.

“Kerana terlalu banyak juadah dimasak, anak-anak menyangka ada tetamu datang ke rumah. Keluarga dan sepupu terkejvt apabila melihat hidangan tersedia atas meja apabila saya membuat panggilan video.

“Mereka kagum melihat saya mampu memasak pelbagai jenis juadah, sedangkan selalunya saya hanya masak menu tertentu sahaja apabila balik kampung. Selebihnya, disediakan oleh Mama,” kata Rita.

Sementara itu pada pagi raya pula, Rita berkata, dia seb4k apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah.

“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat untuk ibu dan adik, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz.

“Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” akuinya jujur.

Rita pada masa sama turut beri fokus terhadap perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Terengganu TV

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Rayyan Mampu Jadi Imam Yang baik…,” – Meski Baru 11 Tahun, Rita Rudaini Syukur Dalam Seb4k Anak Sulung Terdidik Jadi Imam Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*